Fasa pertama Pan Borneo tahun depan

Fasa pertama Pan Borneo tahun depan

KOTA KINABALU, 16 Sept (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Najib TunRazak berkata fasa pertama pembinaan Lebuh raya Pan Borneo di Sabah akandilancarkan pada suku pertama tahun depan.

Beliau berkata pembinaan lebuh raya sepanjang 2,239 kilometer itu yang akanmenjadi penghubung bandar-bandar utama di Sabah dan Sarawak adalahsebagaimemenuhi komitmen tinggi Kerajaan Persekutuan terhadap pembangunan infrastruktur dan ekonomi di Sabah.

“Baru minggu lepas Majlis Ekonomi telah meluluskan struktur orde baharu Lebuh raya Pan Borneo di Sabah,” kata beliau semasa berucap di Seminar IntegrasiNasional anjuran bersama Jabatan Perpaduan Negara dan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di sini hari ini.

Najib berkata projek berkenaan, apabila siap kelak, akan merangsangperhubungan antara Sabah, Sarawak dan wilayah-wilayah di negara jiran seperti negara Brunei Darussalam dan Indonesia. Lebuh raya Pan Borneo merupakan salah satu projek yang dijanjikan Barisan Nasional dalam manifesto pilihan rayanya pada Pilihan Raya Umum 2013.

Najib merasmikan Seminar Integrasi Nasional di sini hari ini. Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman (tengah) dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup (kanan). – Bernama
Najib merasmikan Seminar Integrasi Nasional di sini hari ini. Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman (tengah) dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup (kanan). – Bernama