Fashion Valet anjur Majlis Berbuka Puasa

Fashion Valet anjur Majlis Berbuka Puasa

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jun – Bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim, Fashion Valet telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama para media dan pelanggannya hari ini, di Indera Kayangan Ballroom, The Empire Hotel & Country Club, Jerudong.

Hadir pada majlis berkenaan seterusnya menyampaikan ucapan alu-aluan ialah pemilik Fashion Valet, Vivi Yusof yang mengatakan bahawa ia adalah kali pertama mereka mengadakan Kedai Fashion Valet di Brunei, dan sambutan yang mereka terima sangat baik terutama daripada pelanggan VIP mereka.

Wakil Bank Standard Chartered selaku penaja Fashion Valet ke Brunei, Marilyn Graeme, turut hadir bersama para pelanggan VIP, pereka fesyen Fashion Valey, orang-orang yang berpengaruh dalam media sosial serta pengamal media.

Turut memperkenalkan koleksi untuk musim ini dan bertemu pelanggan berpotensi pada acara itu ialah pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini dan Alia Bastamam.

Vivi Yusof (tengah) bergambar ramai bersama pasukan Fashion Valet.
Vivi Yusof (tengah) bergambar ramai bersama pasukan Fashion Valet.

Selepas majlis berbuka, pelbagai jenama dari Malaysia telah diperkenalkan termasuk Syomirizwa Gupta, nh by Nurita Harith, emel by Melinda Looi, Poplook Premium, Mimpikita dan banyak lagi boleh didapati untuk koleksi eksklusif raya di mana mereka yang hadir turut diberi diskaun 10 peratus.

Kedai Fashion Valet dianjurkan di Indera Kayangan Ballroom The Empire Hotel & Country Club sejak 11 Jun lalu akan berakhir pada 17 Jun ini.

ARTIKEL YANG SAMA