Fasiliti Paintball beroperasi pada waktu malam

Fasiliti Paintball beroperasi pada waktu malam

Oleh Pg Fairol RMF

Gambar oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jan – Dalam meningkatkan komitmen untuk memperluaskan dan mempromosi sukan Paintball di negara ini, Royal Brunei Technical Services (RBTS) semalam telah melancarkan fasiliti permainan pada waktu malam sebagai tambahan pilihan jadual permainan untuk orang ramai.

Pelancaran itu sekali gus melancarkan penjenamaan semula logo baru Paintball RBTS kepada ‘Paintball Arena @ Jerudong’ dan pembukaan rasmi permainan pada waktu malam itu disempurnakan oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Perhubungan, Haji Azhar bin Haji Ahmad selaku salah seorang ahli Lembaga Pengarah RBTS.

Pelancaran itu turut diraikan dengan kejohanan Paintball di antara media-media tempatan yang disertai sebanyak 10 pasukan. Dalam perlawanan itu, Pasukan Anak Brunei buat kali kedua muncul sebagai juara kejohanan Paintball Media 2017.

Tempat kedua jatuh kepada Pasukan Borneo Bulletin diikuti dengan Pasukan Rano Adidas di tempat ketiga.

Haji Azhar bergambar ramai bersama Pasukan Anak Brunei yang menjadi juara kejohanan Paintball Media 2017.
Haji Azhar bergambar ramai bersama Pasukan Anak Brunei yang menjadi juara kejohanan Paintball Media 2017.
Haji Azhar bergambar ramai bersama Pasukan Borneo Bulletin yang muncul di tempat kedua kejohanan.
Haji Azhar bergambar ramai bersama Pasukan Borneo Bulletin yang muncul di tempat kedua kejohanan.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Haji Azhar berupa piala pusingan dan pingat.

Permainan Paintball bukan sahaja sesuai untuk anak-anak muda bahkan ia juga sesuai dijadikan sebagai salah satu cara beriadah yang menghiburkan untuk seisi keluarga yang mengajar para pemain erti kerjasama, komunikasi, berfikiran strategik dan berfikir dengan membuat cadangan sendiri.

RBTS mengalu-alukan kedatangan orang ramai, sama ada pemain Paintball baru atau profesional, individu. kumpulan, keluarga dan korporat untuk bermain dan menikmati keseronokan bermain di Arena Paintball RBTS dengan menghubungi talian 2611171.

ARTIKEL YANG SAMA