FASS lancar empat buah buku ilmiah

FASS lancar empat buah buku ilmiah

BANDAR SERI BEGAWAN – Baru-baru ini, Fakulti Sastera dan Sosial Sains (FASS), Universiti Brunei Darussalam (UBD), telah melancarkan empat buah buku bersempena dengan Forum Brunei Malaysia.

Acara pelancaran buku tersebut telah diadakan di Open Concourse Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah.

Dan hadir selaku tetamu kehormat ialah Dekan FASS, Dr Hajah Asiyah Az-Zahra Haji Ahmad Kumpoh.

Buku-buku tersebut ditulis dan disunting oleh kakitangan akademit fakulti tersebut dan diterbitkan pada tahun ini.

The Use and Status of Language in Brunei Darussalam: A Kingdom of Unexpected Linguistic Diversity, menawarkan para pembaca mengenai tinjaun keseluruhan situasi linguistik di Brunei termasuk satu tinjaun sejarah dan sinopsis mengenai sistem pendidikan pada masa ini.

(Dari kiri) James McLellan, David Deterding dan Noor Azam Haji Othman, memegang buku The Use and Status of Language in Brunei Darussalam: A Kingdom of Unexpected Linguistic Diversity, salah sebuah buku yang dilancarkan di majlis tersebut.
(Dari kiri) James McLellan, David Deterding dan Noor Azam Haji Othman, memegang buku The Use and Status of Language in Brunei Darussalam: A Kingdom of Unexpected Linguistic Diversity, salah sebuah
buku yang dilancarkan di majlis tersebut.

Buku itu antaranya merangkumi pemerolehan tatabahasa Bahasa Melayu, strategi-strategi kesantunan Melayu, penggunaan bahasa online, bahasa dalam mahkamah, perbandingan antara akhbar Bahasa Melayu dan Inggeris, bahasa bagi papan-papan tanda kedai, status puak Dusun dan sastera Bahasa Inggeris di Brunei Darussalam. Disunting bersama oleh Noor Azam Haji Othman, James McLellan dan David Deterding, buku itu telah diterbitkan oleh Springer Verlag di Singapura.

Larger than life: Mural dreamscapes, a Teaching Artist’s Retrospective, oleh Kong Ho dari program Sastera dan Teknologi Kreatif FASS, telah diterbitkan di USA oleh Outskirts Press, Parker, Colorado.

Kajian Ho ke atas mural-mural masyarakat memperkenalkan para pembaca kepada sejarah dan projek-projek mural masyarakat awal di Hong Kong, tempat kelahirannya. Kemudian buku itu beralih kepada impak mural-mural masyarakat ke atas masyarakat dalam konteks pendidikan, sosial, budaya, dan sejarah.

Memperlihatkan hasil daripada kerjasama rapat antara dua buah universiti penyelidikan yang dikenali antarabangsa, English in Malaysia: Current Use and Status merangkumi sumbangan-sumbangan oleh sejumlah ilmuan di Brunei dan Malaysia.

Ia menawarkan satu penerangan mengenai Bahasa Inggeris bagi penggunaannya pada masa ini di Barat dan Malaysia Timur. Selepas gambaran mengenai status Bahasa Inggeris di Malaysia, lapan bab utama buku tersebut menyediakan kajian kes yang berkisarkan sekitar empat tema utama. Disunting bersama Toshiko Yamaguchi dan David Deterding, buku ini diterbikan oleh Brill, Leiden, Belanda.

Manakala buku Tujuh Serangkai: Dari perspektif Sejarah, hasil tulisan Asbol Haji Mail, Nani Suryani Haji Abu Bakar dan Izzah Afiqiah Haji Abdullah dari Program Kajian Sejarah FASS diterbitkan oleh Pusat Sejarah Brunei.

Pandangan menyedarkan ke atas peranan dan sumbangan Jawatankuasa Perancangan Perlembagaan dalam membentuk Perlembagaan Brunei Darussalam pada tahun 1959. Pemahaman yang lebih mendalam terhadap proses sejarah ini diharapkan memberikan inspirasi patriotisme, penghargaan dan cintakan negara di kalangan penduduk dan rakyat Negara Brunei Darussalam.

ARTIKEL YANG SAMA