Fast Bikes sasar jual 100 model terbaharu Triumph

Fast Bikes sasar jual 100 model terbaharu Triumph

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) – Fast Bikes Sdn Bhd, pengedar tunggal motosikal British ‘Triumph’ di Malaysia, mahu menjual lebih daripada 100 unityang terdiri daripada empat model ikon Bonneville terbaharu, dalam tahun ini. Model-model Bonneville itu merupakan Street Twin, Bonneville T120, Bonneville T120 Black dan Thruxton R.

Ketua Pegawai Operasi Datuk Razak Al-Malique Hussain berkata, tempahan telah diterima untuk 20 unit model Street Twin setakat ini.

“Tiga model lain, Bonneville T120, Bonneville T120 Black dan Thruxton R pasti mampu menarik perhatian rakyat Malaysia,” katanya kepada Bernama selepas majlis pelancaran model-model itu di sini hari ini. Harga model Triumph Bonneville berada dalam lingkungan antara RM55,900 dan RM91,900 bergantung kepada jenis dan kapasiti enjin.

Harga, bagaimanapun, dijangka naik sedikit mulai Julai ini. Menuru Razak, minat dan tarikan motosikal klasik moden telah mula berkembang dengan cepat, dengan menyaksikan banyak pengilang membawa model-model baharu ke dalam pasaran domestik. “Pada tahun ini, kami menjangkakan akan menjual sebanyak 300 motosikal daripada pelbagai model yang merangkumi motosikal lumba, moden klasik, dwi-kegunaan, pengembaraan dan motosikal jalanan.