FBI berjaya godam iPhone penyerang

FBI berjaya godam iPhone penyerang

LOS ANGELES, 29 Mac (AFP) – FBI telah dapat membuka kod telefon iPhone yang digunakan oleh salah seorang penyerang ganas di San Bernardino, menurut para pegawai semalam, yang menamatkan pertikaian undang-undang yang hangat dengan Apple yang melibatkan pihak berkuasa AS dengan Silicon Valley.

Apple, yang disokong oleh gabungan luas syarikat gergasi teknologi seperti Google, dan Facebook, membantah sekeras-kerasnya untuk membantu kerajaan AS untuk membuka kod iPhone dengan alasan ia akan mewujudkan implikasi meluas ke atas keselamatan digital dan privasi.

Sesi dengar utama mahkamah dijadualkan awal bulan ini untuk mendengar hujahan dari kedua belah pihak dalam kes sensitif telah dibatalkan secara tiba-tiba selepas FBI berkata ia tidak lagi perlukan bantuan Apple kerana ia telah menemui pihak luar untuk membuka kod telefon berkenaan.

Syed Farook dan isterinya, Tashfeen Malik telah membunuh 14 orang di San Bernardino, California pada 2 Disember sebelum mati dalam pertempuran bersenjata dengan pihak polis. Dua buah telefon lagi yang berkaitan dengan pasangan suami isteri itu ditemui musnah selepas serangan itu.