FBI mula siasat penggunaan e-mel Clinton

FBI mula siasat penggunaan e-mel Clinton

WASHINGTON, 5 Ogos (AFP) – Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mula menyiasat penggunaan e-mel persendirian yang mencetuskan kontroversi oleh Hillary Clinton ketika beliau menjawat jawatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat dan telah menghubungi sebuah firma yang mengurus pengendalian itu, bersama peguam Clinton, lapor Washington Post semalam.

Surat-menyurat elektronik Clinton dalam penelitian sejak pengakuannya pada Mac lalu bahawa dia telah menggunakan akaun peribadi bagi surat-menyurat e-mel ketika menjadi setiausaha negara antara tahun 2009 dan 2013.

Jabatan Keadilan menerima rujukan kepada penyiasatan simpanan e-mel bulan lalu, selepas penilaian bahawa akaun peribadinya mengandungi “beratus-ratus e-mel yang berpotensi dikelaskan.”

Penyiasatan FBI menyiasat server dan sistem lain yang telah diadakan oleh Clinton untuk mengendalikan e-mel itu, Post melaporkan. FBI juga menyiasat tentang bagaimana e-mel yang dipersoalkan itu pada masa disimpan.

“Kerajaan inginkan jaminan tentang simpanan bahan-bahan itu. Kami dengan aktif bekerjasama,” peguam Clinton, David Kendall memberitahu Post.

Hillary Clinton. – AFP
Hillary Clinton. – AFP

Pihak Republikan menegaskan bahawa Clinton, calon yang disebut-sebut akan menang bagi pencalonan presiden Demokrat tahun 2016, telah menggunakan akaun peribadi untuk menjauhkannya dari rekod awam.

Menurut dia mengendalikan e-melnya dengan cara begini bagi kemudahan membawa sebiji telefon pintar.

Kempen Clinton sementara itu enggan bercakap dengan penyiasatan FBI. Jurucakap kempen, Nick Merrill berkata pengeluaran ribuan e-mel kerja Clinton sedang dilaksanakan, dan seharusnya dicepatkan.

“Kami mahu memastikan prosedur teratur diikuti apabila e-mel ini dikaji sementara tidak terlalu melambatkan pengeluaran e-melnya, “dia memberitahu Post lagi.