FBI tangkap ketua pendudukan Oregon, seorang terbunuh

FBI tangkap ketua pendudukan Oregon, seorang terbunuh

OREGON, 27 Jan – Ketua pendudukan bersenjata di tempat perlindungan hidupan liar persekutuan di Oregon dan yang lain telah diberkas semalam selepas tembakan dilepaskan ketika di jalan raya, mengakibatkan seorang terbunuh dan seorang lagi tercedera, menurut FBI.

Para pembantah masih menduduki kawasan perlindungan terpencil Hidupan Liar Kebangsaan Malheur di timur Oregon selepas ketuanya Ammon Bundy diberkas dan Biro Siasatan Persekutuan mewujudkan sempadan dengan harapan penyelesaian aman, seorang pegawai penguat kuasa undang-undang memberitahu Reuters. Seramai lapan orang diberkas di dua buah negeri.

Pengambilan alih di Malheur yang bermula 2 Januari adalah cetusan terbaru dalam konflik yang digelarkan Pemberontakan Sagebrush, konflik berdekad-dekad lamanya ke atas berjuta-juta ekar tanah di kawasan Barat yang di bawah kawalan kerajaan AS.

Beberapa saluran keluar media, termasuklah Oregonian dan CNN melaporkan bahawa sumber penguat kuasa undang-undang berkata LaVoy Finicum telah terbunuh. Finicum, seorang peladang ternak yang bertindak sebagai jurucakap bagi penghuni, memberitahu NBC News awal bulan ini bahawa dia lebih baik mati dari diberkas.

Bundy dan empat orang ketua pihak pendudukan telah diberkas selepas konfrontasi di sepanjang Lebuh raya 395 di timur utara Oregon kira-kira pukul 4:25 petang waktu tempatan, menurut FBI.

Gambar yang diambil pada 5 Januari 2016 menunjukkan Ammon Bundy tiba untuk berhadapan media di Pusat Perlindungan Hidupan Liar Nasional Malheur berhampiran Burns, Oregon. – Reuters
Gambar yang diambil pada 5 Januari 2016 menunjukkan Ammon Bundy tiba untuk berhadapan media di Pusat Perlindungan Hidupan Liar Nasional Malheur berhampiran Burns, Oregon. – Reuters

Individu keenam telah diberkas oleh Polis Negeri Oregon di Burns, Oregon, kira-kira 1jam setengah kemudian. FBI mengatakan orang ketujuh kemudian diberkas, Peter Santilli, 50 tahun, seorang wartawan bebas yang melaporkan peristiwa di kawasan perlindungan itu secara terus menerus melalui internet.

FBI mengatakan mereka juga memberkas orang kelapan di Peoria, Arizona, dalam kaitan pendudukan itu. kesemua mereka yang diberkas berdepan dakwaan persekutuan, iaitu tuduhan berkomplot untuk menggunakan kekerasan, mengugut atau mengancam untuk menghalang para pegawai persekutuan dari melaksanakan tugas mereka. – Reuters