FBI turut siasat kecurian di Hall of Fame Tinju

FBI turut siasat kecurian di Hall of Fame Tinju

CANASTOTA, New York, 12 Nov (Agensi) – Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menyertai pencarian ke atas enam tali pinggang bagi enam kejuaraan dunia yang dicuri daripada Hall of Fame Tinju Antarabangsa di negeri bahagian New York.

Ketua Polis Canastota, James Zophy berkata Biro Antkuiti FBI sedang membantu penyiasatan polis ke atas kejadian kecurian tali pinggang tersebut pada pagi Khamis lepas di muzium yang terletak 30 kilometer di bahagian timur Syracuse.

Empat tali pinggang yang hilang ialah milik Carmen Basilio, dan dua yang dimenangi oleh Tony Zale. Tiada nilai diletakkan ke atas semua tali pinggang tersebut.

Biro Antikuiti mengkhususkan ke atas jenayah harta benda seni dan budaya serta mempunyai seramai 16 agen khas. Basilio, yang meninggal dunia tiga tahun lepas, dilahirkan di Canastota dan menjadi sumber inspirasi kepada penubuhan Hall of Fame.

Beliau adalah juara welterweight dan middleweight.

Sementara itu Zale adalah juara middleweight dan meninggal dunia pada 1997.

ARTIKEL YANG SAMA