FBM dijangka tidak menentu minggu ini

FBM dijangka tidak menentu minggu ini

pg19_160111_bKUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) – Petunjuk pasaran utama FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) dijangka tidak menentu minggu depan sejajar dengan prestasi pasaran serantau, berikutan kelembapan ekonomi China dan harga minyak mentah yang terus menjunam.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata beberapa peristiwa negatif yang berlaku seperti dagangan pasaran saham yang digantung di China, penurunan kali kedua nilai renmimbi, ketegangan antara Arab Saudi dan Iran dan penurunan harga minyak mungkin menjejaskan pasaran dalam tempoh jangka pendek.

“Penurunan semula ringgit, yang meletakkan mata wang tempatan itu bakal mencatatkan paras terendah sejak November 2015, juga menjadi pemangkin yang menyeret turun pasaran,” katanya. Brent Crude naik 1.99 peratus kepada AS$34.42 setong selepas jatuh ke paras rendah dalam tempoh 12 tahun buat kali pertama sejak April 20014 pada Khamis, manakala China membiarkan nilai renminbi turun, yang menyeret turun pasaran saham di seluruh dunia jatuh.

Saham China digantung dua kali minggu ini selepas CSI 300 jatuh lebih daripada tujuh peratus.

“Bagi minggu yang baru berakhir ini, FBM KLCI mencatatkan prestasi turun naik dan ditutup tinggi sedikit pada Jumaat selepas China memutuskan untuk menamatkan sistem ‘penampan kejatuhan’ dalam pasaran sahamnya. Bagi asas mingguan, FBM KLCI turun 34.9 mata kepada 1,657.61 daripada 1,692.51 pada Khamis. Indeks FBM Emas susut 170.37 mata kepada 11,623.28, Indeks FBMT100 turun 180.6 mata kepada 11,289.97, FBM Emas Syariah berkurangan 176.27 mata kepada 12,624.38, FBM 70 menguncup 5.53 mata kepada 13,129.62, dan FBM Ace jatuh 65.87 mata kepada 6,23.37.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan berkurangan 240.62 mata kepada 13,918.59, Indeks Perladangan turun 6.56 mata kepada 7,626.19 dan Indeks Perusahaan susut 66.57 mata kepada 3203.23.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 11.30 bilion unit bernilai RM10.19 bilion daripada 6.98 bilion unit bernilai RM6.66 bilion minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama melonjak 7.39 juta saham bernilai RM9.10 bilion daripada 4.66 bilion saham bernilai RM6.12. Jumlah dagangan waran naik kepada 2.22 bilion unit bernilai RM488.62 juta daripada 851.14 juta unit bernilai RM132.4 juta Khamis minggu sebelumnya.

Pasaran ACE menokok 2.29 bilion saham bernilai RM592.68 juta daripada 1.47 bilion saham bernilai RM399.72 juta sebelumnya.

ARTIKEL YANG SAMA