FDA syorkan tidak mengambil darah di kawasan terjejas Zika

FDA syorkan tidak mengambil darah di kawasan terjejas Zika

WASHINGTON, 17 Feb – Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) mengesyorkan darah tidak diambil dari zon aktif penularan virus Zika.

Menurut agensi itu, darah yang diperlukan untuk pemindahan boleh didapati dari kawasan di negara yang tidak aktif dengan penularan virus itu. Tambah agensi itu, bank darah boleh terus mengumpulkan dan menyediakan platelet dan plasma jika teknologi pengurangan patogen yang diluluskan FDA digunakan. Ini kerana teknologi pengurangan patogen semasa tidak diluluskan untuk merawat darah merah yang digunakan dalam kebanyakan pemindahan.

Garis panduan ini dilaksanakan berikutan penularan pantas Zika di Amerika, dengan lebih daripada 30 negara di Amerika Latin dan Caribbean terjejas. Virus ini dikaitkan dengan kenaikan mendadak kes kecacatan kelahiran yang jarang berlaku dikenali sebagai microcephaly di Brazil mendorong pegawai kesihatan untuk mengisytiharkan darurat kesihatan global.

Penyelidik sudah memulakan kajian akibat penularan Zika melalui darah, tetapi ia boleh mengambil masa enam hingga 12 bulan untuk menghasilkan keputusan. Dalam pada itu, FDA menyeru mereka yang berisiko dijangkiti virus menangguhkan untuk menderma darah sekurang-kurangnya empat minggu.

“Kami percaya cadangan baru ini akan membantu mengurangkan risiko pengumpulan darah dan komponen darah daripada penderma yang mungkin dijangkiti virus Zika,” kata Pengarah Bahagian biologi FDA, Dr Peter Marks, dalam satu kenyataan. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA