Federar sukar daki ke puncak – Stan

Federar sukar daki ke puncak – Stan

SHANGHAI, 12 Okt – Roger Federer tidak akan merasa mudah untuk kembali ke kedudukan teratas tenis berikutan dengan pergelutan yang dihadapinya untuk pulih daripada kecederaan terbesar beliau, tegas Stan Wawrinka hari ini.

Federer, 35, telah berehat sejak Julai bagi pemulihan lutut selepas menjalani pembedahan pertama dalam kariernya pada meniskus yang koyak pada bulan Februari.

Pemenang yang memegang rekod juara 17 kali Grand Slam itu mengalami kecederaan semasa dia sedang membantu memandikan anak perempuan kembarnya selepas disingkirkan dari Terbuka Australia Januari lalu.

“Saya fikir dia melatih diri. Saya tidak tahu jika dia akan kembali dalam kedudukan empat teratas. Kita akan lihat,” kata Wawrinka, selepas mengalahkan Kyle Edmund 6-3, 6-4 pada pusingan kedua Shanghai Masters.”

“Ia adalah kali pertama beliau mengalami kecederaan yang besar. Ia tidak mudah untuk kembali selepas itu. Tetapi jika dia cergas dan 100 peratus, pasti dia akan menjadi benar-benar berbahaya.”

Federer bergelut untuk kembali mendaki ke kedudukan teratas selepas mengalami kecederaan. – AP
Federer bergelut untuk kembali mendaki ke kedudukan teratas selepas mengalami kecederaan. – AP

Federer akan beraksi pada Piala Hopman dalam acara campuran pasukan pada Januari bersama Wawrinka, beliau kadang-kadang beraksi secara beregu bersama rakannya, dan pada masa yang sama, Belinda Bencic juga membuat kemunculan.

Kedudukan empat teratas tercicir dari nama Federer (kedudukan ketujuh) dan Rafael Nadal (lima) buat kali pertama sejak 2003 sebagai tanda-tanda bahawa era baru akan berkembang.

Juara Terbuka Amerika Syarikat Wawrinka berada di kedudukan ketiga dunia di belakang Novak Djokovic dan Andy Murray, tetapi beberapa pencabar muda baru mula mendaki ranking. – AF

ARTIKEL YANG SAMA