Federer bantu Switzerland cemerlang

Federer bantu Switzerland cemerlang

LONDON, 21 Sept (Reuters) – Roger Federer membimbing Switzerland menuju kejayaan dalam persaingan playoff Piala Davis Kumpulan Dunia menentang Belanda dengan kemenangan 6-3, 6-2, 6-4 ke atas Thiemo de Bakker semalam.

Juara grand slam 17 kali, dikalahkan oleh Novak Djokovic dalam Terbuka AS seminggu lalu, pulih selepas tewas dalam bergu bersama Marco Chiudinelli pada Sabtu lalu untuk memberikan pendahuluan kepada Switzerland 3-1 dan menyelamatkan tempat mereka dalam Kumpulan Dunia.

Switzerland, pemenang pada tahun lepas, dikalahkan oleh Belgium dalam pusingan pembukaan pada Mac lalu apabila sama ada Federer mahu pun Stan Wawrinka bersedia bagi pasukan Switzerland.

Bagaimanapun Federer pasti akan terlepas Piala Davis tahun depan.

“Idea saya adalah untuk tidak memenanginya dua kali, idea saya selalunya untuk memenanginya sekali dan kami melakukannya didepan penonton ramai, yang mana hebat bagi kami semua,” Federer memberitahu laman sesawang Piala Davis (www.daviscup.com).

Roger Federer (kiri) berjabat tangan dengan Thiemo de Bakker selepas menumpaskan pemain itu pada Piala Davis Kumpulan Dunia di antara Switzerland dan Belanda di Geneva pada 20 September 2015. – AFP
Roger Federer (kiri) berjabat tangan dengan Thiemo de Bakker selepas menumpaskan pemain itu pada Piala Davis Kumpulan Dunia di antara Switzerland dan Belanda di Geneva pada 20 September 2015. – AFP

“Saya melihat persaingan ini dalam keadaan terasing. Tahun depan adalah tahun Olimpik. Musim panas panjang dan penuh dengan tarikan. Ia adalah mengenai persoalan keutamaan. Saya tidak dapat beraksi segalanya dan sudah tentu jika saya beraksi dalam Piala Davis, perkara lain akan terjejas.”

Dalam satu lagi persaingan playoff, Republik Czech mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas India di New Delhi, sementara AS menyelamatkan kemenangan 3-1 di Uzbekistan menerusi kemenangan bagi Jack Sock menentang Denis Istomin.

Fabio Fognini mengetuai Itali menentang Rusia di Irkutsk, menewaskan Teymuraz Gabashvili dalam persaingan perseorangan pertama semalam ketika Itali memenangi 4-1.

Ia membuktikan hujung minggu yang menarik bagi Fognini yang memenangi pertandingan perseorangan pada Jumaat lalu sebelum membantu Simone Bolelli untuk memenangi persaingan beregu pada Sabtu lalu.

Croatia memastikan tempat mereka dalam Kumpulan Dunia dengan kemenangan 3-1 di Florianopolis apabila Thomas Bellucci dari Brazil terpaksa berhenti pada set keempat menentang Borna Coric, 18.

ARTIKEL YANG SAMA