Federer beri amaran kepada pesaing

Federer beri amaran kepada pesaing

MELBOURNE, 19 Jan – Pemegang rekod Grand Slam Roger Federer memberikan dirinya keyakinan apabila hanya memerlukan 72 minit untuk memenangi perlawanan pembukaan Terbuka Australia, dengan mudah menewaskan Nikoloz Basilashvili dalam straight set kelmarin. Pemain pilihan ketiga itu tidak membuang masa menewaskan dengan kemenangan 6-2, 6-1, 6-2 dalam perlawanan malam di Rod Laver Arena untuk membuat pertemuan di pusingan kedua menentang Aleksandr Dolgopolov dari Ukraine.

Juara Grand Slam 17 kali itu berada dalam kelas yang berbeza berbanding lawannya di ranking 117 dan mempamerkan segala senjata pemusnahnya menentang Basilashvili dalam pertemuan pertama mereka.

“Ia perlawanan yang bagus. Saya berpuas hati dengan cara permainan saya. “Ia setentunya memberikan saya sedikit sebanyak keyakinan kerana tahun saya belum berupaya untuk bermain secara baik.

“Maksud saya, saya mempunyai perlawanan baik di Brisbane, namun tidak begitu baik mengetahui saya tidak berada dalam keadaan 100 peratus.

Aksi Federer mengejar bola pada perlawanan tersebut. - Reuters
Aksi Federer mengejar bola pada perlawanan tersebut. – Reuters

“Tapi ini adalah perlawanan di mana saya berupaya untuk fokus terhadap permainan dan taktik saya. Jadi ia amat baik untuk bermain secara ini.”

Federer dalam keadaan tidak sihat pada kejohanan Antarabangsa Brisbane di mana dia tewas di pusingan akhir kepada Milos Raonic dari Kanada.

Federer mematahkan servis pemain Georgia itu lapan kali dan mendominasi persembahan dan mengekalkan rekod tanpa kalahnya di pusingan pertama Melbourne dalam 17 penampilan.

Bintang Switzerland itu, bermain kejohanan Grand Slam 65 kali berturut-turut, menghasilkan sejumlah 31 winner dan memenangi 91 peratus mata servis pertama. Federer seterusnya akan menentang pemain berkaliber Dolgopolov, yang merupakan rakan latihannya ketika luar musim kejohanan. – AFP