Federer garang di Swiss Indoors

Federer garang di Swiss Indoors

BASEL, Switzerland, 28 Okt (dpa) – Roger Federer menghasilkan kejayaan yang efisien, memuaskan pusingan pertama di gelanggang negara sendiri, dengan pilihan utama itu menyingkirkan Mikhail Kukushkin 6-1, 6-2 semalam di Swiss Indoors.

Federer, yang menjadi pengutip bola pada dua dekad lalu, hanya memerlukan 54 minit dalam mengetepikan pemain dari Kazakh itu yang juga pernah dikalahkannya dua tahun lalu dalam pertandingan Piala Davis.

Federer berkata dia tahu apa yang dijangka dari pesaingnya ranking ke-64: “Saya tahu saya perlu kekal bersamanya pada set pertama ketika dia berusaha mencari bagi permulaan yang pantas. Dia juga tahu bagaimana untuk memberikan saya gaya yang tidak saya suka.

“Strategi utama saya adalah untuk terus mengawal set pertama, saya tahu jika saya meneruskannya, dia tidak akan sekuat pada set kedua.

“Saya merasa gembira dengan persembahan ini, terutamanya untuk bermain dengan baik di laman sendiri. Saya melihat bola itu sebesar tembikai.

Aksi Federer mengembalikan pukulan kepada Mikhail Kukushkin pada kejohanan tenis Swiss Indoors di Basel, utara Switzerland, semalam. – AFP
Aksi Federer mengembalikan pukulan kepada Mikhail Kukushkin pada kejohanan tenis Swiss Indoors di Basel, utara Switzerland, semalam. – AFP

“Saya bergerak dengan baik, membuat servis baik dan bermula dengan baik. Ia adalah tujuan. Apabila mendahului saya mampu meregangkan dan mengekalkan tekanan ke atasnya.”

Federer berkata kejayaan itu hanyalah penyelesaiannya selepas dia tewas pada pertandingan pembukaan bulan ini di Shanghai sebagai juara bertahan.

“Saya merasa gembira bagi kemenangan pusingan pertama, terutamanya selepas Shanghai. Untuk keluar dan beraksi dengan tenis yang positif, ia adalah hari yang menyeronokkan.”

Pemain dari Switzerland itu akan menentang rakan karibnya, Philipp Kohlschreiber, pemenang ke atas Jerzy Janowicz dari Poland 6-4, 3-6, 6-3. Federer mencatatkan 10-0 dalam siri itu.

“Pertandingan seterusnya adalah cabaran terbesar dan cabaran berbeza menentang Kohlschreiber. Dia mendapatkan senjata berbeza berbanding Kukushkin,” kata Federer.

“Jka anda menewaskan seseorang 10 kali terdapat kemungkinan bahawa pada masa akan datang anda mungkin tewas. Tetapi setelah mencatatkan rekod, ia adalah bagus bagi keyakinan.

“Saya merasa hormat bagi Philipp, dia bekerja keras dan berlatih bersama saya di Switzerland. Dia mungkin menewaskan saya di Halle pada tahun ini.”

ARTIKEL YANG SAMA