Federer, Hingis regu Olimpik 2016

Federer, Hingis regu Olimpik 2016

GENEVA, 7 Dis – Roger Federer dijangka beraksi dalam acara beregu campuran bersama Martina Hingis bagi membawa cabaran Switzerland pada temasya Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil tahun depan.

Berita itu dilaporkan akhbar, Le Matin Dimanche dengan menyifatkan ia sebagai ‘Pasukan Impian’.

Hingis dilapor menawarkan diri untuk beraksi bersama Federer dan menunggu maklum balas daripada juara Grand Slam 17 kali itu.

“Federer akan bermain bersama Hingis. Ia sudah diputuskan,” kata Le Matin Dimanche dalam laporan yang menyenaraikan barisan kemungkinan untuk aksi di Rio.

Federer berjanji akan memberikan keputusan untuk bergandingan bersama Hingis pada hujung tahun ini.

Roger Federer dijangka akan berganding bahu bersama rakan senegaranya Martina Hinggis adalah acara tenis regu campur di Sukan Olimpik 2016.
Roger Federer dijangka akan berganding bahu bersama rakan senegaranya Martina Hinggis adalah acara tenis regu campur di Sukan Olimpik 2016.

Dia juga dijangka bermain dalam acara beregu lelaki dan bergandingan bersama Stan Wawrinka yang kini menghuni ranking nombor empat dunia dengan 11 kejuaraan 11 ATP.

Kapten Piala Davis Switzerland, Severin Luethi yang turut mengetahui pasukan tenis negara itu ke Rio, berkata sasaran utama pada temasya berprestij itu adalah untuk memenangi semua pingat emas.

“Kenapa tidak? Kita semua boleh memasang impian,” katanya.

Hingis akan bermain untuk acara beregu wanita bersama Belinda Bencic – bintang yang menyinar dalam jelajah tenis wanita pada 2011 dan meraih pendapatan sebanyak AS$2 juta dalam kerjayanya.

Bencic juga akan bermain dalam acara beregu campuran berpasangan bersama Wawrinka. – AFP