Federer juara Terbuka Istanbul

Federer juara Terbuka Istanbul

ISTANBUL, 4 Mei (AFP) – Roger Federer menewaskan Pablo Cuevas dari Uruguay untuk memenangi Terbuka Istanbul semalam dalam 85 mahkota kerjaya dan gelaran pertama di atas gelanggang tanah liat merah sejak lebih setengah dekad.

Pemain nombor dua dunia dari Switzerland itu dan pemenang Grand Slam ke-17 menunjukkan rentak menarik menjelang persaingan Terbuka Perancis dengan menewaskan pemain nombor 23 dunia, Cuevas selepas tie break set kedua.

Pilihan utama, Federer menunjukkan ketangkasan dan begitu bertenaga biarpun menghadapi pertahanan kental daripada pesaingnya, yang memerlukan dua rehat kecederaan bagi merawat pergelangannya untuk memenangi 6-3, 7-6 (13/11) dalam masa satu jam 36 minit.

“Sudah lama saya tidak memenangi gelaran di gelanggang tanah liat,” kata Federer dengan gembira. “Ia adalah satu kegembiraan untuk beraksi di sini.”

“Saya mendapatkan keyakinan dan mendapatkan satu lagi gelaran. Saya merasa bagus dengan permainan saya sekarang. Ia adalah ujian kecergasan dan mental.”

Federer menjulang trofi Terbuka Istanbul selepas menewaskan Pablo Cuevas dari Uruguay semalam. – AFP
Federer menjulang trofi Terbuka Istanbul selepas menewaskan Pablo Cuevas dari Uruguay semalam. – AFP

Gelaran itu adalah yang pertama bagi Federer dalam semua jenis gelanggang tanah liat sejak kejayaannya di atas gelanggang tanah liat biru Madrid pada 2012 dan yang pertamanya di atas gelanggang tanah liat merah tradisi sejak kemenangannya pada Terbuka Perancis 2009.

Federer diberikan status selebriti di Istanbul minggu lalu dalam kemunculan pertamanya di negara itu dengan pemidang di sekeliling gelanggang menyatakan “Selamat Datang ke Turki Raja” dan orang ramai melaungkan namanya.

Pada set pertama, Federer mendahului 4-1 dalam masa 20 minit, menyesuaikan diri lebih baik walaupun perlahan di atas gelanggang selepas hujan lebat sebelah petang sebelum pertandingan.

Dia juga tidak menunjukkan kelemahan pada servis pertamanya seperti dalam permainannya awal minggu, apabila servis pertama pada keseluruhannya adalah 70 peratus lebih baik dengan tujuh aces.

ARTIKEL YANG SAMA