Federer julang gelaran ATP Halle

Federer julang gelaran ATP Halle

BERLIN, 22 Jun (AFP) – Juara bertahan berganda Roger Federer menundukkan pemain Itali Andreas Seppi 7-6 (7/1), 6-4 untuk memenangi gelaran kelapan kejohanan ATP Halle semalam.

Gelaran itu adalah gelaran keempat pemain nombor dua dunia berusia 33 tahun musim ini selepas Brisbane, Dubai dan Istanbul dan yang ke-86 dalam kerjayanya.

Halle merupakan gelaran ke-15 Federer dalam kerjayanya di gelanggang rumput seminggu sebelum Wimbledon, di mana beliau akan berusaha untuk menang buat kali kelapan.

Satu-satunya kekalahan Federer dalam final Halle ialah ketika menentang Lleyton Hewitt dari Australia pada 2010 dan Tommy Haas dari Jerman dua tahun kemudian.

Kemenangan semalam bermakna dia juga menjadi pemain ketiga dalam Era Terbuka meraih sekurang-kurangnya lapan kejuaraan dalam kejohanan tunggal untuk menyertai Rafael Nadal dan Guillermo Vilas.

Roger Federer menjulang trofi ATP Halle selepas menundukkan Andreas Seppi 7-6 (7/1), 6-4 di Berlin semalam. – AFP
Roger Federer menjulang trofi ATP Halle selepas menundukkan Andreas Seppi 7-6 (7/1), 6-4 di Berlin semalam. – AFP

Nadal menang sembilan kali di Terbuka Perancis dan lapan di Monte-Carlo dan Barcelona, ​​manakala Vilas pula memenangi gelaran Buenos Aires lapan kali.

Walaupun menang, Federer menegaskan pemain nombor satu dunia dan juara bertahan Novak Djokovic kekal sebagai pilihan untuk menjulang gelaran Wimbledon ketiga.

Bukan mudah untuk Federer mengharungi perlawanan akhir kerjayanya yang ke-130 menentang lawan yang ditewaskannya 11 ​​kali daripada 12 perlawanan sebelum ini.

Tiga kali dia terpaksa menyelamatkan break point dalam set pembukaan, yang telah diganggu oleh hujan, dua kali berbuat demikian dengan ace sebelum mendapat mata melalui double fault Seppi.

Federer sepatutnya menyudahkan perlawanan dengan set kedua tetapi terlepas tiga peluang break ketika memimpin 4-3. Walau bagaimanapun, dia mematahkan break pemain Itali itu dua kali untuk meraih kemenangan selepas sejam 48min.

ARTIKEL YANG SAMA