Federer julang Master Cincinati

Federer julang Master Cincinati

CINCINNATI, 24 Ogos (AFP) – Roger Federer melengkapkan kemenangan ketujuhnya di Cincinnati Masters apabila menembusi dominasi Novak Djokovic 7-6 (7/1), 6-3 pada final, awal pagi ini, sekali gus mengorak langkah baik menjelang Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Kemenangan yang dihasilkan dalam aksi 90 minit itu sekali gus bakal menyaksikan Federer akan diletakkan sebagai pemain pilihan kedua selepas Djokovic di Flushing Meadows nanti.

Federer merebut trofi ke-87 sepanjang karier ATP dan trofi ke-24 dalam aksi Masters 1000.

Sementara itu, Djokovic, tersekat untuk menjadi pemain lelaki pertama menang semua sembilan aksi elit Masters 1000 dan kekalahan kelimanya di final Cincinnati.

Roger Federer ketika menjulang trofi Cincinati setelah berjaya menewaskan Novak Djokovic.
Roger Federer ketika menjulang trofi Cincinati setelah berjaya menewaskan Novak Djokovic.

“Saya amat berharap Novak akan menang di sini suatu hari nanti,” kata Federer, yang menumpaskan Djokovic tiga kali di final Cincinnati.

Minggu lalu, Andy Murray, menewaskan Djokovic pada final di Montreal.

ARTIKEL YANG SAMA