Federer langkah kanan di Halle

Federer langkah kanan di Halle

HALLE WESTFALEN, Jerman, 16 Jun (AFP) – Roger Federer meletakkan pertandingan gelaran gelanggang rumput Halle kesembilan bermula dengan baik semalam dengan kemenangan 6-4, 7-6 (7/3) ke atas pemain nombor 88 dunia dari Jerman, Jan Lennard Struff.

Pilihan utama itu yang juga pemain nombor tiga dunia itu seterusnya berdepan Malek Jaziri dari Tunisia, ranking ke-64, bagi merebut tempat dalam lapan pemain terakhir, ketika dia meningkatkan usahanya bagi satu lagi sasaran pada gelaran Wimbledon.

‘”Ia adalah sukar untuk mencari rentak hari ini. Dia menguasai bola lebih awal, banyak menghasilkan pukulan forehand, backhand. Dia memiliki servis kencang, terutamanya pada servis pertama,” kata Federer.

“Jadi apabila anda kembali kepada asas, anda fokus ke atas servis anda. Saya rasa, saya melakukannya dengan baik. Dia tidak pernah mendapatkan peluang dengan servis sendiri, jadi ia begitu selesa.”

Federer, 34, yang sekarang memenangi 52 pertandingan sepanjang kerjayanya di Halle, belum mencatatkan sebarang kemenangan gelaran pada 2016, kemarau terpanjangnya untuk memulakan tahun ini sejak memenangi gelaran pada tahun 2000.

Federer ketika beraksi pada perlawanan tersebut. - AP
Federer ketika beraksi pada perlawanan tersebut. – AP

ARTIKEL YANG SAMA