Federer mara, Murray tersingkir

Federer mara, Murray tersingkir

NEW YORK, 8 Sept – Pemain Switzerland, Roger Federer mara ke suku akhir Terbuka Amerika Syarikat selepas menundukkan pilihan ke-13, John Isner di sini semalam.

Pemain pilihan kedua itu menang ke atas pemain AS berkenaan dengan keputusan 7-6 (7/0), 7-6 (8/6), 7-5.

Federer yang juga pemenang 17 kejuaraan Grand Slam akan bertemu pemain Perancis, Richard Gasquet selepas ini untuk merebut tempat ke separuh akhir.

Pilihan ke-12 kejohanan itu mara ke peringkat itu, selepas menewaskan pilihan ke-6 dari Czech, Tomas Berdych 2-6, 6-3, 6-4, 6-1.

Sementara itu Andy Murray terpaksa melupakan trofi Terbuka Amerika Syarikat selepas tewas kepada pilihan ke-15 dari Afrika Selatan, Kevin Anderson pada pusingan keempat.

Aksi Federer selepas menumpaskan John Isner dari AS pada pusingan keempat Terbuka AS 2015 di USTA Billie Jean King National Center pada 7 September 2015 di New York. – AFP
Aksi Federer selepas menumpaskan John Isner dari AS pada pusingan keempat Terbuka AS 2015 di USTA Billie Jean King National Center pada 7 September 2015 di New York. – AFP

Ia adalah penyingkiran terawal Grand Slam buat pemain Britain itu sejak 2010 sekali gus menamatkan kemaraan cemerlang 18 kali beraksi di suku akhir kejuaraan utama.

Anderson mengejutkan pilihan ketiga terbabit dengan keputusan 7-6 (7/5), 6-3, 6-7 (2/7), 7-6 (7/0) dan mara ke peringkat lapan terakhir bertemu pilihan kelapan dari Switzerland Stan Wawrinka.

Wawrinka juara Terbuka Perancis menewaskan pemain kidal Amerika Syarikat Donald Young 6-4, 1-6, 6-3, 6-4 pada saingan kejuaraan di Stadium Arthur Ashe.

“Ia adalah perlawanan terbaik saya,” kata Anderson. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA