Federer, Murray mara ke suku akhir Wimbledon

Federer, Murray mara ke suku akhir Wimbledon

LONDON, 7 Julai (AFP) – Roger Federer dan Andy Murray melangkah ke suku akhir Wimbledon namun penyandang juara Novak Djokovic masih perlu meneruskan aksi hari ini selepas pertembungannya dengan Kevin Anderson terpaksa ditangguh kerana lewat malam.

Bagaimanapun, Djokovic terpaksa bekerja keras untuk bangkit selepas ketinggalan dua set dengan kedudukan selepas permainan ditangguh kepada terikat dengan kedua-dua pemain masing-masing menang dua.

Djokovic akan bertemu semula Anderson dari Afrika Selatan yang juga pemain pilihan ke-14 dengan kedudukan 6-7 (6/8), 6-7 (6/8), 6-1, 6-4.

Juara tujuh kali, Federer pula mudah melangkah ke suku akhir apabila mencatatkan kemenangan 6-2, 6-2, 6-3 ke atas pemain Sepanyol, Roberto Bautista Agut, manakala Murray menewaskan pemain Croatia, Ivo Karlovic 7-6 (9/7), 6-4, 5-7, 6-4.

Roger Federer meraikan kemenangan ke atas Roberto Bautista Agut semalam. – Reuters
Roger Federer meraikan kemenangan ke atas Roberto Bautista Agut semalam. – Reuters

Sekiranya Djokovic berjaya merebut set kelima dan mencatatkan kemenangan ke atas Anderson, dia akan berdepan dengan juara Terbuka Amerika Syarikat, Marin Cilic. Federer, 33, hanya memerlukan 96 minit untuk mengetapikan cabaran Bautista Agut dan akan bertemu pemain pilihan ke-12 dari Perancis, Gilles Simon pada suku akhir nanti.

Simon pula menundukkan naib juara 2010 yang juga pemain pilihan keenam, Tomas Berdych. Murray, pemain pilihan ketiga, menang 7-6 (9/7), 6-4, 5-7, 6-4 ke atas pemain tinggi lampai Karlovic dan akan bertemu pemain bukan pilihan dari Kanada, Vasek Pospisil.