Federer, Nadal mara mudah

Federer, Nadal mara mudah

BASEL, Switzerland, 1 Nov (AFP) – Roger Federer dan Rafael Nadal kekal di landasan terbaik untuk mara ke final Kejohanan Dalam Dewan Switzerland semalam selepas melepasi aksi tiga set pada perlawanan suku akhir.

Pilihan utama dan juara enam kali, Federer menyekat kemaraan David Goffin 6-3, 3-6, 6-1 untuk mengulangi kemenangan final 2014 ke atas pemain Belgium itu.

Nadal, pilihan ketiga berjuang sebelum menang 4-6, 6-3, 6-3 ke atas Marin Cilic, kemenangan tiga set pertamanya minggu ini.

Goffin yang meminati Federer sewaktu remajanya membawa pertemuan mereka ke set penentuan tetapi hilang momentum apabila pemain Switzerland berusia 34 tahun itu mematahkan permainan kedua dan keenam sebelum meraih kemenangan di depan 9,000 penonton.

Aksi Rafael Nadal pada perlawanan separuh akhir menentang Richard Gasquet dari Perancis di kejohanan Dalam Dewan Switzerland di Basel pada 31 Oktober 2015. – AFP
Aksi Rafael Nadal pada perlawanan separuh akhir menentang Richard Gasquet dari Perancis di kejohanan Dalam Dewan Switzerland di Basel pada 31 Oktober 2015. – AFP

“Saya sangka mampu mengawalnya selepas set pertama tetapi dia benar-benar meningkatkan mutu permainannya,” kata Federer yang akan menentang Jack Sock, yang menewaskan Donald Young 5-7, 6-4, 6-2.

“Dia bermain dengan lebih baik pada set kedua. Saya gembira dapat melepasi pemain yang berbahaya ini.

“Saya tahu cara permainannya selepas kami berlatih bersama di Dubai pada Disember, kami berlatih selama 10 hingga 15 jam di gelanggang.”

ARTIKEL YANG SAMA