Federer pamer ‘kehebatan’

INDIAN WELLS, 13 Mac – Pemain nombor satu dunia Roger Federer mengorak langkahnya untuk meneruskan persaingan menjulang kejuaraan keenam Masters Indian Wells dengan menumpaskan Filip Krajinovic 6-2,6-1 hari ini.

Bintang tenis berusia 36 tahun itu tidak menunjukkan kesan peningkatan usianya ketika dia hanya memerlukan 58 minit untuk mengalahkan pemain Serbia dengan aksi terhebatnya.

“Saya fikir dia tidak menyukai pukulan saya dan saya turut mempelbagaikan dropshot,” ujar Federer yang melebarkan rekod sempurnanya musim ini kepada 14-0.

“Saya berjaya menggabungkan gaya permainan dan ia tidak memudahkannya.

“Dalam pada masa yang sama, saya berseronok dengan permainan saya, mempelbagaikan gaya permainan namun kekal menyerang pada masa yang sama.”

Roger Federer mempamerkan aksi terbaiknya menentang Filip Krajinovic di Indian Wells, California. – AFP

Federer melakukan enam ace, dua double fault dan menang 89 peratus daripada mata servis pertama dan hilang tiga mata daripada servis sepanjang perlawanan itu.

“Saya bermain dengan garang hari ini dan saya berasa bagus,” katanya.

“Saya gembira dengan perlawanan hari ini.”

Selepas menghantar kembali pada rehat awal untuk memberi laluan kepada Krajinovic untuk melakar tahap kedua, Federer berjaya mengawal permainan.

Pada mata pertama dia menang 17 mata berturut-turut dengan mendahului 6-2,3-0, memenangi 10 daripada 11 perlawanan akhir dalam perlawanan.

Federer, juara bertahan yang mencuba untuk memenangi gelaran juara keenamnya di gurun California, telah bermain di stadium selama tiga hari berturut-turut. – AFP