Federer positif walau tewas

Federer positif walau tewas

MELBOURNE, 29 Jan – Ia tidak sering terjadi apabila juara grand slam 17 kali dimalukan, namun pada mata break pada pertengahan set ketiga sedikit sebanyak mengembalikan maruah Roger Federer apabila hampir keseluruhan permainan didominasi oleh Novak Djokovic.

Pemain Switzerland itu yang selama ini sering membuatkan lawannya berasa sukar untuk bermain dengannya, kini mendapati dirinya yang berada di pihak sebelah apabila diserang bertubi-tubi oleh pemain nombor satu dunia Novak Djokovic untuk maju ke depan 6-1, 6-2 pada dua set permulaan.

Dalam kurang dari satu jam, perlawanan yang sangat-sangat dinantikan di peringkat kejohanan tahun ini itu dalam bahaya untuk hanya melihat hentaman daripada Djokovic, ini terbukti apabila isteri Roger Federer kelihatan sering menutup mukanya pada perlawanan itu.

Pada hakikatnya, dalam 352 perlawanan grand slam, ia cuma kali kedua Federer memenangi permainan tiga atau kurang dari itu di awal dua set permulaan, kali terakhir adalah apabila menentang Andre Agassi pada Terbuka Amerika Syarikat 2001 apabila cuma dua tahun sebelum dia memenangi gelaran grand slam pertamanya.

“Saya tidak peduli jika kalah set 7-6 atau 6-1. Selagi anda kehilangan set, ia bukanlah satu yang baik,” ujar Federer.

Roger Federer ketika sidang media selepas perlawanan bersama Novak Djokovic. – Reuters
Roger Federer ketika sidang media selepas perlawanan bersama Novak Djokovic. – Reuters

“Saya pernah melihat Novak bermain sebagus ini sebelum ini. Ia amat sukar apabila ia bermula dari awal kerana jelas anda perlu menghentikannya secepat mungkin.”

Tetapi apabila ia kelihatan Federer akan kalah dalam perlawanan berat sebelah sejak kekalahannya kepada Rafa Nadal yang hanya membenarkannya mengambil empat permainan pada perlawanan akhir Terbuka Perancis 2008, pertumpahan darah itu akhirnya berhenti.

Federer mula menyelamatkan mata break pada permainan kelima pada set ketiga dan kemudian membuatkan 15,000 pemerhati di Arena Rod Laver berasa kagum apabila berjaya mematahkan servis Djokovic dalam masa 11 minit yang memberikan pendahuluan 4-2 kepada Federer.

Ini membuatkan Federer kembali bersemangat untuk mengambil set ketiga itu apabila pukulan forehand Djokovic tidak menepati sasaran.

Namun untuk menghentikan Djokovic dalam lima set adalah satu tugas mustahil sejak lebih setahun, cuma Stan Wawrinka saja berupaya untuk melakukannya pada perlawanan akhir Terbuka Perancis 2015.

Meskipun kekalahan 6-1, 6-2, 3-6. 6-3 yang membenarkan Djokovic untuk berada di depan 23-22 dalam persaingan mereka, Federer kekal optimistik dia masih punya peluang untuk menghentikan kemarau tanpa grand slam selama tiga setengah tahunnya itu.

“Saya tahu kamu berasa saya sudah tua. Tapi ia tidak menakutkan saya apabila saya berada di perlawanan besar menentang siapa sahaja pemain yang hebat sekarang,” kata Federer, yang ditewaskan oleh Djokovic dalam perlawanan akhir Wimbledon dan Terbuka AS tahun lepas.

“Novak sekarang menjadi sebutan orang ramai. Dia adalah satu-satunya pemain yang berupaya menghentikan saya pada ketika ini.

“Saya punya keyakinan diri. Satu yang tidak akan pudar. Saya boleh berlari dalam empat atau lima jam. Ia bukan satu masalah. Saya masih berupaya untuk berada jauh di peringkat grand slam ketika ini.” – Reuters