Federer rancang sekat impian Willis

Federer rancang sekat impian Willis

LONDON, 29 Jun (AFP) – Roger Federer merancang untuk menyekat impian Marcus Willis di Wimbledon yang menjadi buah mulut kejohanan tersebut apabila menentangnya di pusingan kedua, sementara juara bertahan Novak Djokovic berharap untuk mengekalkan rentaknya pada pusingan kedua hari ini.

Wilis yang menduduki ranking ke-772 dunia dan akan berumur 25 tahun sebulan lagi, berhasrat untuk menamatkan karier profesionalnya.

Tetapi dipujuk untuk mencuba bagi kali terakhir oleh teman wanitanya, Willis bertarung hingga ke undian utama di Wimbledon dengan melepasi enam perlawanan kelayakan sebelum menumpaskan pemain nombor 54 dunia, Ricardas Berankis untuk membolehkannya memenuhi impian menentang juara dunia tujuh kali, Federer.

Roger Federer ketika memenangi perlawa-nan pusingan pertamanya. – AP
Roger Federer ketika memenangi perlawa-nan pusingan pertamanya. – AP

“Ini adalah cerita yang kita perlukan. Saya rasa ia adalah hebat. Saya sangat teruja untuk bermain dengan dia sebenarnya. Ia bukan sesuatu yang sering lakukan,” kata Federer.

Federer akan mendengar tentang itu dan kemudian menyokongnya, dengan betul kerana ia adalah kisah yang menarik. Ia akan membuatkan perlawanan sukar,” kata Federer.

“Dia bermain bagus tetapi saya juga kembali bagus. Jika dia memperoleh sokongan, ia adalah mengagumkan.

“Saya harap dia dapat bermain dengan bagus dan saya juga memperoleh perlawanan yang bagus dan semua orang gembira.”

ARTIKEL YANG SAMA