Federer sedia bersaing bagi Terbuka Australia

Federer sedia bersaing bagi Terbuka Australia

BRISBANE, 11 Jan (AFP) – Roger Federer menegaskan bahawa dia akan 100 peratus sihat bagi Kejohanan Terbuka Australia walaupun mengalami sakit selesema ketika kejohanan Brisbane International.

Federer, 34, tewas dalam saingan akhir kejohanan itu di tangan pemain muda Kanada 6-4, 6-4.

Pemenang Grand Slam 17 kali itu dalam keadaan tidak sihat minggu lepas dan meminta perlawanan pertamanya ditangguhkan selama 24 jam untuk memberikannya satu hari untuk sembuh.

Dia berkata sementara situasi semakin meningkat dari hari ke hari, namun terdapat beberapa kesan berlarutan.

Bagaimanapun, dia berkata dia tidak begitu bimbang mengenai kesihatannya sebelum Terbuka Australia dan akan kembali pulih dalam beberapa hari.

Federer berharap untuk pulih sepenuhnya sebelum Terbuka Australia. – Reuters
Federer berharap untuk pulih sepenuhnya sebelum Terbuka Australia. – Reuters

“Saya masih batuk dan tekak berasa semacam,” katanya. Saya pasti memastikan akan sembuh daripadanya secepat yang mungkin.

“Selagi saya kekal bermain dan melakukan perkara berkaitan ia tidak akan hilang cepat, jadi saya akan berehat esok.

Federer berharap untuk memberikan mesej kepada pemain nombor satu dunia Novak Djokovic, yang membelasah Rafael Nadal di perlawanan akhir Dubai pada Sabtu lepas dan pemain dominan pada 2015.

Namun dia tidak mampu melakukannya pada perlawanan akhir dan Raonic mengambil semua peluangnya untuk memenangi perlawanan.