Federer sekat kemaraan Willis

Federer sekat kemaraan Willis

LONDON, 30 Jun (AFP) – Langkah Marcus Willis di kejohanan Wimbledon akhirnya terhenti apabila ditewaskan oleh Roger Federer dengan keputusan 6-0, 6-3, 6-4 dalam pusingan kedua, semalam.

Willis pemain nombor 772 dunia itu sebelum ini sudah bermain dalam tujuh perlawanan dan menjadi buah mulut orang ramai ketika kejohanan Wimbledon berlangsung.

Hanya Federer dan Djokovic berjaya menamatkan pusingan kedua semalam selepas 90 minit saingan menyaksikan hujan. Hanya 18 daripada 62 perlawanan yang dijadual dilangsungkan, berjaya ditamatkan.

Federer, 34, yang pemegang rekod 17 kemenangan major, tidak menghadapi masalah, berdepan hanya dua mata break dalam masa 84 minit.

Federer berjabat tangan bersama Marcus Willis selepas perlawanan dramatik itu. – AP
Federer berjabat tangan bersama Marcus Willis selepas perlawanan dramatik itu. – AP

“Marcus membawa tenaga yang sukar dipercayai ke dalam gelanggang dengan peminat, cara permainan dan personalitinya,” katanya.

Juara bertahan, Djokovic pula menundukkan Adrian Mannarino, yang turut menyambut ulang tahun ke-28, dengan 6-4, 6-3, 7-6 (7/5) bagi melangkah ke pusingan ketiga.

Pemain pilihan utama itu dalam buruan untuk memenangi gelaran ketiga berturut-turut di All England Club dan empat secara keseluruhan, memenangi kemenangan ke-30 Grand Slam bagi berada di tempat kedua di belakang Don Budge, yang memperoleh 34 kemenangan pada 1938.

ARTIKEL YANG SAMA