Federer sertai Joker ke suku akhir

Federer sertai Joker ke suku akhir

CINCINNATI, 21 Ogos (AFP)  – Roger Federer mencatatkan kemenangan 6-1, 6-1 kurang daripada sejam menyingkirkan Kevin Anderson untuk menyertai Novak Djokovic dalam suku akhir ATP dan WTA Cincinnati Master semalam.

Federer dari Switzerland menguasai set pertama dalam tempoh 21 minit dan memulakan set kedua dengan break ke atas Anderson dari Afrika Selatan.

“Saya gembira dengan persembahan kental itu,” kata juara enam kali itu. “Saya tahu ia suku akhir tetapi saya beraksi dengan baik. Saya berharap saya mengekalkan rentak itu esok.”

Ketika pilihan kedua itu mampu menjadikannya mudah, pilihan ketiga Andy Murray dan pemenang gelaran Montreal memerlukan masa di bawah tiga jam untuk menundukkan Grigor Dimitrov 4-6, 7-6 (7/40) 7-5.

Dimitrov melepaskan satu set dan dua break sebelum Murray merebut semula set kedua. Pemain dari Bulgaria itu kemudian mencatatkan 5-2 tetapi tidak dapat menamatkannya biarpun sudah menghasilkan mata penamat.

Murray menghimpunkan kekuatan untuk mencatatkan kemenangan ke 26 dalam pertandingan yang dimenanginya pada 2008 dan 201. Djokovic juga terselamat dalam memburu gelaran pertama Cincinnati dengan pilihan pertama itu mengatasi David Goffin 6-4, 2-6, 6-3.

Djokovic, yang berazam untuk menjadi pemain pertama memenangi kesemua lapan pertandingan Masters 1000, hampir mendapati dirinya tersingkir ketika lawannya yang juga pilihan ke-13 dari Belgium itu memenangi set kedua dan menguasai dua break dalam penentuan.

Tetapi pemain berpengalaman dari Serbia itu bangkit menyamakan kedudukan 3-3 dan memenangi pertandingan selepas persaingan sengit selama satu dan tiga suku jam. Djokovic terus menghidupkan persaingan biarpun melakukan tujuh double-fault dan lima break dalam servisnya.

“Ia adalah set pertama yang sukar tetapi apa pun berlaku dalam 45 minit seterusnya saya tidak mahu mengingatinya. Saya bernasib baik mampu bangkit dan keluar dari kesukaran,” tambah Djokovic, yang mengakui bergelut untuk menyesuaikan diri dengan keadaan.