Federer, Sharapova terus mara, Halep tewas

Federer, Sharapova terus mara, Halep tewas

PARIS, 28 Mei (AFP) – Roger Federer mara ke pusingan ketiga Kejohanan Terbuka Perancis pada hari Rabu, manakala Maria Sharapova juga mara ke pusingan seterusnya apabila menewaskan rakan senegaranya Vitalia Diatchenko akan tetapi Simona Halep yang bermain cemerlang tahun lepas tewas.

Pemain kedua dunia Roger Federer mengalahkan Marcel Granollers dari Sepanyol 6-2, 7-6 (7-1), 6-3 di depan penyokong yang bermain di gelanggang Suzanne Lenglen yang turut disaksikan oleh pemain gitar legenda Australia Angus Young.

Federer berjaya menghabiskan perlawanannya dalam masa 47 minit, walaupun servisnya berjaya dipatahkan sebanyak dua kali pada set yang kedua.

Juara 2009 itu berjaya mengharungi pusingan tiebreak sebelum mengakhirinya di set yang ketiga dan sekarang beliau akan bertemu pemain dari Bosnia Damir Dzumhur di pusingan ketiga.

Manakala juara bertahan Maria Sharapova yang juga merupakan juara Roland Garros 2012 dan tempat kedua 2013, berjaya menewaskan dengan mudah Diatchenko 6-3, 6-1 dan akan berdepan dengan bekas finalis Samantha Stosur di pusingan ketiga.

Federer semasa beraksi di perlawanan tersebut. – AFP
Federer semasa beraksi di perlawanan tersebut. – AFP

Pemain pilihan kedua berjaya memenangi set pertama apabila Diatchenko membuat double faul pada set penentu dan Sharapova mematahkan servis pada set kedua untuk berada di depan 2-0.

Diatchenko cuba untuk menyelamatkan perlawanan untuk bangkit 5-1, tetapi beliau tidak dapat menghalang servis Sharapova pada permainan seterusnya mengakhiri perlawanan.

Penyandang tempat kedua tahun lepas Simona Halep gagal untuk meneruskan perlawanan di kejohanan tersebut apabila tewas di tangan pemain veteran Mirjana Lucic-Baroni dari Croatia 7-5, 6-1.

ARTIKEL YANG SAMA