Federer: Tanggung perbuatan sendiri

Federer: Tanggung perbuatan sendiri

STUTTGART, Jerman, 10 Jun – Roger Federer tidak langsung bersimpati terhadap Maria Sharapova, sambil berkata hari ini dia bersikap “sifar toleransi” terhadap doping.

Bintang Russia itu dikenakan penggantungan dua tahun semalam selepas diuji positif menggunakan meldonium pada Terbuka Australia Januari lalu.

Pemain berusia 29 tahun itu mengakui pada Mac bahawa dia tidak sedar mengenai meldonium, yang disenaraikan sebagai bahan larangan Agensi Anti-Doping Dunia pada Januari, tidak lagi dibenarkan  dia mengambil ubat itu selama 10 tahun.

“Saya hanya melihat tajuk utama, saya tidak melihat kepada semua perkara secara terperinci tetapi bagi saya, ia mengenai sifar toleransi,” kata Federer selepas menang 6-4, 5-7, 6-4 mengatasi Taylor Fritz di Terbuka Stuttgart, hari ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA