Federer temu Seppi di final Halle

Federer temu Seppi di final Halle

HALLE, Jerman, 21 Jun (AFP) – Roger Federer mara ke persaingan akhir final gelanggang rumput Halle untuk kali ke 10 selepas menewaskan Ivo Karlovic dari Croatia 7-6 (7/3), 7-6 (7/4) dalam separuh akhir semalam.

Pemain dari Switzerland yang memenangi gelaran itu tujuh kali, akan menentang Andreas Seppi dari Itali, yang mara selepas nombor lima dari Jepun Kei Nishikori terpaksa berhenti kerana mengalami kecederaan selepas mengekori 4-1 pada set pertama.

Pemain nombor dua dunia dan pilihan utama Federer memerlukan dua tie-breaks untuk mencatatkan kemenangan ke-13 dan 14 pertemuan menentang Karlovic. Pemain dari Croatia itu yang mempunyai ketinggian 2.11m (6 kaki 11 inci), mencatatkan 45 ace dalam kemenangan suku akhir ke atas Tomas Berdych dari Czech Jumaat lalu tetapi menentang Federer dia hanya mampu mencatatkan 21.

“Ia selalu sukar untuk menentang Ivo tetapi perkara penting ialah saya harus tenang. Saya bernasib baik pada set pertama dan gembira berada di final sekali lagi,” kata Federer, yang juga mencatatkan kemenangan ke-50 pada pertandingan di atas gelanggang rumput.

Roger Federer mengembalikan pukulan kepada Ivo Karlovic dalam aksi separuh akhir ATP Terbuka Gerry Weber di Halle, semalam. – AFP
Roger Federer mengembalikan pukulan kepada Ivo Karlovic dalam aksi separuh akhir ATP Terbuka Gerry Weber di Halle, semalam. – AFP

Satu–satunya sagu hati bagi Karlovic, 36, ialah dia tidak kehilangan servis sepanjang minggu dalam 48 pertandingan dan menamatkan pertandingan dengan 114 ace. Federer memburu gelaran ke-15 permukaan rumput – dan keempat pada keseluruhannya pada 2015 selepas Brisbane, Dubai dan Istanbul – ketika membuat pemanasan bagi Wimbledon, yang bermula 29 Jun dan dia adalah juara dalam tujuh pertandingan.

Seppi – pemain nombor 45 dunia kali terakhir memenangi gelaran itu pada 2012 – mengawal set pertama menentang Nishikori apabila pemain dari Jepun itu terpaksa menarik diri kerana mengalami masalah kaki.

Seppi memenangi persaingan suku akhir menentang Gael Monfils Jumaat lalu apabila pemain dari Perancis itu terpaksa berhenti kerana kecederaan pada set kedua selepas merempuh papan iklan di tepi gelanggang.

ARTIKEL YANG SAMA