Federer terus mara

Federer terus mara

MELBOURNE, 20 Jan – Pemain nombor tiga dunia, Roger Federer mara ke pusingan ketiga Terbuka Australia dengan kemenangan straight set ke atas rakan latihan, Aleksandr Dogopolov hari ini.

Juara Grand Slam 17 kali itu tidak berdepan dengan masalah menentang pemain ranking ke-35 dari Ukraine itu dan mencatatkan kemenangan 6-3, 7-5, 6-1 dalam masa satu jam 33 minit di Rod Laver Arena.

Ia merupakan kemenangan ke-299 perseorangan Federer di peringkat Grand Slam, dalam perjalanan memburu mahkota kelima Terbuka Australia.

Federer mengadakan latihan bersama Dolgopolov di Dubai pada musim penamat dan mengumpulkan rekod 3-0.

Permainan Dolgopolov jelas lumpuh pada set akhir ketika pemain dari Switzerland itu meletakkan sentuhan penyudah untuk kemenangan yang meyakinkan.

Aksi hebat Federer membuatkan lawannya sukar untuk mengatasinya dalam perlawanan itu. - Reuters
Aksi hebat Federer membuatkan lawannya sukar untuk mengatasinya dalam perlawanan itu. – Reuters

Pilihan ketiga, yang sekarang mara ke pusingan ketiga dalam semua 17 kunjungan ke Melbourne, menjejaskan servis Dolgopolov lima kali dan tidak menghadapi mata break sewaktu servisnya.

Legenda dari Switzerland itu mencatatkan purata 39 pukulan winner, yang melibatkan 25 aces dalam persembahan servis.

Federer sekarang akan berdepan sama ada pilihan ke- 27 dari Bulgaria, Grigor Dimitrov di pusingan ketiga.

“Saya merasa gembira. Keadaan itu begitu pantas jadi anda tidak akan dapat mencari rentak yang banyak di luar sana,” kata Federer.

“Aleksandr boleh beraksi dengan baik apabila anda memberikannya terlalu banyak masa jadi ia mungkin perkara yang teruk, ia begitu pantas.

“Tetapi saya melakukan servis dengan baik dan ketika pertandingan berterusan saya mulakan merasakan lebih baik, tetapi set kedua adalah penting dan saya gembira dapat melaksanakannya.” – AFP