Federer tewas kepada pemain remaja

Federer tewas kepada pemain remaja

PERTH, 5 Jan – Aksi kembali Roger Federer daripada kecederaan mendapat halangan pertama kelmarin apabila dia ditewaskan oleh pemain remaja Alexander Zverec dalam Piala Hopman di Perth, tetapi Juara Switzerland itu tetap berkeyakinan.

Dalam salah satu perlawanan perseorangan paling berkualiti dalam 29 tahun sejarah kejohanan itu, Federer telah menunjukkan kualitinya yang telah memenangi 17 Grand Slams, tetapi tidak mampu menewaskan pemain Jerman berusia 19 tahun itu.

Meskipun dengan keputusan itu, Switzerland masih mempunyai harapan untuk mencapai final dengan keputusan 2-1 ke atas Jerman, Belinda Bencic menewaskan Andrea Petkovic dalam perseorang wanita dan kemudian bergandingan dengan Federer bagi memenangi beregu campuran.

Perlawanan antara Federer dan Zverev selesai setelah tiga set, 7-6 (7/1), 6-7 (4/7), 7-6 (7/4) dan memakan masa sehingga dua jam dan 30 minit. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA