Federer, Wawrinka ancaman harapan AS

Federer, Wawrinka ancaman harapan AS

NEW YORK, 7 Sept (AFP) – Juara lima kali Roger Federer dan pesaing yang memenangi Terbuka Perancis Stan Wawrinka dilihat akan menamatkan harapan AS dalam perseorangan lelaki Terbuka AS pada peringkat pusingan keempat hari ini.

Pemain nombor dua dunia, Federer, 34, berazam untuk mara ke suku akhir Terbuka AS buat kali ke-11 apabila berdepan pilihan ke-13 dari AS, John Isner. Dia sekarang mara ke pusingan keempat di New York bagi tahun ke-15 ketika bersedia untuk kembali ke final buat kali pertama sejak 2009.

Isner mara ke suku akhir pada 2011 dan berharap untuk mengekalkan harapan AS bagi juara lelaki pertama sejak Andy Roddick mencapainya pada 2003.

Dia belum melepaskan servis dalam 39 pertandingan setakat ini dalam satu faktor yang mungkin menghalang Federer daripada menggunakan teknik servis barunya.

“Pada mulanya anda cuba mencari rentak. Apabila anda mendapatkannya, bagaimana anda akan menggabungkan kelajuan dan pukulan untuk mengimbanginya,” kata Federer yang berazam untuk menjadi juara tertua di New York sejak Ken Rosewell pada 1970.

Juara Terbuka Perancis Stan Wawrinka. – AFP
Juara Terbuka Perancis Stan Wawrinka. – AFP

“Saya juga suka dengan servis penuh. Kadangkala menentang John mungkin bukanlah persaingan teruk kerana dia berbadan tinggi, dan jika dia memilih sudut kanan dia memiliki lengan panjang jadi dengan pergerakan mudah dia mengerah banyak tenaga.”

Jika Isner jatuh, kemudian harapan AS akan terletak di tangan pemain hebat yang tidak dijangka, Donald Young. Dia menghadapi pilihan kelima Wawrinka, pemain separuh akhir pada 2013.

Young, ranking ke-60, dua kali bangkit setelah ketinggalan dua set pada pertandingan untuk menewaskan pilihan ke-11 dari Perancis, Gilles Simon pada pusingan pertama dan kemudian pilihan ke-22 dari Serbia Viktor Troicki di tempat ketiga.

Young menewaskan Wawrinka di New York pada pusingan kedua pada 2011 pada set kelima tie break.