Federer-Wawrinka berentap di separuh akhir

Federer-Wawrinka berentap di separuh akhir

NEW YORK, 10 Sept – Juara lima kali, Roger Federer mara ke separuh akhir kali ke-10 di Terbuka Amerika Syarikat selepas menewaskan pemain pilihan ke-12, Richard Gasquet 6-3, 6-3, 6-1 pada pertembungan suku akhir, semalam.

Dengan kemenangan itu, bintang tenis dari Switzerland itu akan bertemu rakan senegaranya, Stan Wawrinka di separuh akhir nanti.

Bermain sebagai pilihan kedua, Federer melebarkan kemenangan kali ke-15 daripada 17 pertemuan menentang Gasquet dengan tidak perlu bekerja keras dengan kemenangan tiga set.

Federer, yang memburu pemain lelaki tertua menjuarai Terbuka AS dalam masa 45 tahun. Wawrinka pernah menewaskannya dalam pertemuan terakhir di Terbuka Perancis, Jun lalu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA