FedEx lancar perkhidmatan pilihan tandatangan penghantaran

FedEx lancar perkhidmatan pilihan tandatangan penghantaran

KUALA LUMPUR, 26 Sept – FedEx memperkenalkan perkhidmatan pilihan tandatangan penghantaran (DSO) di Asia Pasifik, yang memberi lebih kemudahan kepada pelanggan untuk membuat pelbagai pilihan tandatangan bagi barangan kiriman keluar dan masuk mereka.

Dalam satu kenyataan hari ini syarikat itu berkata perkhidmatan baharu ini dijangka memberi manfaat khususnya kepada pelanggan runcit FedEx, yang membolehkan mereka menetapkan kaedah yang mereka mahukan pelanggan mengesahkan penerimaan barangan kiriman, dan meningkatkan peluang kejayaan penghantaran pada percubaan pertama.

Pelanggan boleh memilih antara empat pilihan tandatangan penghantaran: Tanpa tandatangan diperlukan (FedEx boleh meninggalkan bungkusan tanpa kehadiran sesiapa); Tandatangan tidak langsung (FedEx akan memperoleh tandatangan daripada jiran, pengurus bangunan atau sesiapa sahaja yang berada di alamat penerima. – Bernama

Perkhidmatan baru ini akan beri manfaat khususnya kepada pelanggan runcit FedEx. – AFP
Perkhidmatan baru ini akan beri manfaat khususnya kepada pelanggan runcit FedEx. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA