Fellaini kian penting

Fellaini kian penting

BRUGES, Belgium, 26 Ogos (AFP) – Marouane Fellaini boleh menjadi penyelesaian kepada masalah ketumpulan Manchester United di depan gawang, Louis van Gaal mencadangkan semalam ketika mendedahkan pemain itu akan digunakan terutamanya dalam posisi menyerang musim ini.

Tandukan pemain Belgium yang tojeng itu pada masa kecederaan memberikan United kemenangan penting 3-1 ke atas Club Brugge bakal mengekalkan tempatnya dalam kesebelasan utama Red Devils untuk aksi timbal balik di Bruges esok.

United yang berjuang untuk menjaringkan gol musim ini, hanya berjaya menyumbat dua gol dalam tiga aksi pertama Liga Perdana Inggeris setakat ini, dan Van Gaal percaya Fellaini boleh membantu menangani perkara itu.

“Dia bukan saja boleh bermain di posisi sembilan dan 10, tetapi dia juga boleh bermain enam dan lapan,” kata Van Gaal dalam sidang akhbar sebelum perlawanan di Stadium Jan Breydel. “Tetapi tahun ini ia akan lebih bermain 10 dan sembilan daripada enam dan lapan kerana kami ada pemain lain.”

United mempunyai beberapa pilihan di bahagian serangan musim lalu, namun pemergian Robin van Persie dan Radamel Falcao telah meninggalkan Wayne Rooney sebagai penyerang tunggal, manakala bahagian tengah pula lebih mantap dengan ketibaan Morgan Schneiderlin dan Bastian Schweinsteiger.

Fellaini menjadi sandaran Manchester United untuk menambah ketajaman di depan pintu gol. – Reuters
Fellaini menjadi sandaran Manchester United untuk menambah ketajaman di depan pintu gol. – Reuters

Fellaini berjuang sebagai pemain tengah dalam kempen pertamanya di bawah David Moyes – bekas pengurusnya di Everton – dalam 2013-14, tetapi menjaringkan beberapa gol penting musim lalu selepas digerakkkan lebih jauh ke hadapan oleh Van Gaal.

“Sebelum ini saya bermain nombor 10 dan kadang-kadang nombor sembilan apabila saya perlu membantu pasukan, jadi saya boleh bermain di sana dan saya boleh membantu rakan sepasukan,” kata Fellaini.

“Bagi saya tidak penting di mana saya bermain. Yang paling penting (perkara) adalah untuk memenangi permainan. Sudah tentu berbeza untuk bermain di bahagian tengah dan penyerang atau nombor 10, tetapi saya menikmati semua posisi.”

Beliau menambah: “Semua orang tahu musim pertama saya adalah sukar, tetapi kini ia adalah masa lalu. Jadi sekarang saya melihat ke depan. Tahun lepas saya cukup bagus dan saya ingin terus seperti itu.

“Saya tahu rakan sepasukan, pengurus dan falsafah pengurusan. Jadi saya hanya mencari untuk melakukan dengan baik dan menjaringkan beberapa gol.”

ARTIKEL YANG SAMA