Fener harap impak Persie

Fener harap impak Persie

PARIS, 29 Julai (AFP) – Pengambilan Robin van Persie telah menekankan keazaman Fenerbahce untuk bersaing dengan pasukan terbaik di Eropah sekali lagi, namun mereka menghadapi tugas sukar untuk melepasi pusingan kelayakan ketiga Liga Juara-Juara.

Pasukan Istanbul melayan pasukan Ukraine Shakhtar Donetsk dalam pusingan pertama di stadium Sukru Saracoglu semalam ketika mereka kembali ke pertandingan Eropah setelah menjalani pengharaman dua tahun disebabkan penglibatan dalam penetapan perlawanan.

Fener dijangka akan kembali kepada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara untuk kali pertama sejak musim 2008-09 dan telah berbelanja sakan untuk mencatat kejayaan di luar negara dan tempat sendiri, di mana mereka akan berusaha merampas kejuaraan daripada pesaing sengit Galatasaray.

Bekas jurulatih Porto Vitor Pereia telah dibawa masuk untuk menyelia skuad yang termasuk Van Persie dan Nani – kedua-duanya diikat dengan kontrak daripada Manchester United dengan harga 10.7 juta euro.

Van Persie (kanan) bersaing dengan pemain Shakhtar Donetsk, Yaroslav Rakitskiy (kiri) dalam aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Liga Juara-Juara di Stadium Sukru Saracoglu, Istanbul semalam. – AFP
Van Persie (kanan) bersaing dengan pemain Shakhtar Donetsk, Yaroslav Rakitskiy (kiri) dalam aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Liga Juara-Juara di Stadium Sukru Saracoglu, Istanbul semalam. – AFP

Pertahanan Denmark Simon Kjaer dari Lille dan midfied Brazil Souzadari Sao Paulo, juga telah menyertai dan penjaring terkenal musim lalu Moussa Sow kekal dalam skuad. Bagaimanapun, Van Persie baru sahaja memulakan latihan awal musim, maka dia perlu menunggu untuk memberikan impak.

Sebaliknya, Shakhtar, pasukan tetap Liga Juara-Juara sekarang, akan menerima faedah setelah mengambil bahagian dalam dua perlawanan dalam musim liga domestik mereka.

Pasukan Mircea Lucescu telah menjual beberapa nama terbesar mereka dengan pasangan Brazil Douglas Costa dan Luiz Adriano masing-masing berpindah ke Bayern Munich dan AC Milan dengan harga 38 juta euro.

ARTIKEL YANG SAMA