Fenerbahce lamar Skrtel

Fenerbahce lamar Skrtel

ISTANBUL, 15 Julai – Fenerbahce bersedia untuk menandatangani pemain pertahanan antarabangsa Slovakia, Martin Skrtel dengan pertukaran percuma dari Liverpool, kata gergasi Istanbul itu hari ini.

Pasukan tangga kedua Turki musim lalu berkata dalam satu kenyataan ringkas mereka masih dalam perbincangan awal bersama Liverpool dan pemain tersebut, yang membuat persembahan menarik dalam membantu pasukan Slovakia mara ke-16 kelompok terakhir Euro 2016.

Daily Fanatik melaporkan kelab itu akan menawarkan Skrtel kontrak selama tiga tahun dengan gaji tahunan 2.5 juta euro ($2.75 juta) dan akan membayar Liverpool jumlah bagi pertukaran itu. Pengerusi kelab gergasi Istanbul itu, Aziz Yildirim berharap penandatanganan rasmi akan diadakan seawal hari Isnin.

Penandatanganan Skrtel, yang juga pemain barisan bagi Liverpool sejak 2008, adalah pertukaran terbaru bagi pasukan Fenerbahce.

Aksi Skrtel (kiri) dan pemain Jerman, Mario Gomez ketika bersaing dalam pusingan perlawanan Euro 2016 antara Jerman dan Slovakia, di Stadium Pierre yang lalu. Skrtel akan menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan gaji tahunan 2.5 juta euro. – AP
Aksi Skrtel (kiri) dan pemain Jerman, Mario Gomez ketika bersaing dalam pusingan perlawanan Euro 2016 antara Jerman dan Slovakia, di Stadium Pierre yang lalu. Skrtel akan menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan gaji tahunan 2.5 juta euro. – AP

Pemain pertahanan dari Belanda, Gregory van der Wiel menyertai Fenerbahce dengan persetujuan empat tahun minggu lalu begitu juga dengan pemain pertahanan Rusia bagi Schalke 04, Roman Neustaedter.

Dalam keadaan tersebut pemain sayap Portugese, Nani, yang mencapai persetujuan untuk menyertai pasukan dari Sepanyol, Valnecia hanya selepas semusim berada di Istanbul.

Semua tumpuan pada masa ini adalah ke atas pemain penyerang dari Belanda, Robin van Persie di kelab itu selepas persembahan naik dan turun pada musim pertama. Setelah menyaksikan pesaing dan juara Truki, Beskitas layak secara langsung dari fasa kumpulan, Fenerbahce akan bersaing dalam pusingan kelayakan ketiga Liga Juara–Juara lewat Julai ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA