Fenomena Supermoon terbesar sejak 1948

Fenomena Supermoon terbesar sejak 1948

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Orang ramai berpeluang menyaksikan Supermoon atau ‘perigee’, iaitu kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi esok (Isnin).

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam satu kenyataan di sini berkata fenomena kali ini merupakan Supermoon terbesar yang berada pada jarak paling dekat dengan bumi sejak 68 tahun lepas.

“Walaupun fenomena ini pernah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 September 2015, namun kejadian kali ini adalah Supermoon terbesar. Orang ramai perlu mengambil kesempatan menyaksikannya kerana ia dijangka berlaku 18 tahun akan datang,” demikian menurut Angkasa.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa fenomena Supermoon esok ini akan berlaku pukul 7:24 malam dan seterusnya berada pada fasa penuh atau purnama pada 9:54 malam.

SUPERMOON KEMBALI... Bulan dengan fasa hampir purnama baru atau 'Gibbous' ini dirakam sekitar pukul 9 di Kuching, semalam, sekali gus menandakan bulan fasa 'Perigee' yang boleh disaksikan petang ini merupakan fenomena bulan besar atau Supermoon iaitu keadaan yang mana kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi.
Menariknya, hari ini merupakan Supermoon terbesar sejak 68 tahun lepas, memandangkan ia tidak akan sehampir ini dengan bumi lagi sehinggalah November 2034.
Apabila dilihat dengan mata kasar bulan akan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah berbanding hari biasa walaupun saiz sebenarnya masih sama.
– Bernama
SUPERMOON KEMBALI… Bulan dengan fasa hampir purnama baru atau ‘Gibbous’ ini dirakam sekitar pukul 9 di Kuching, semalam, sekali gus menandakan bulan fasa ‘Perigee’ yang boleh disaksikan petang ini merupakan fenomena bulan besar atau Supermoon iaitu keadaan yang mana kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi.
Menariknya, hari ini merupakan Supermoon terbesar sejak 68 tahun lepas, memandangkan ia tidak akan sehampir ini dengan bumi lagi sehinggalah November 2034.
Apabila dilihat dengan mata kasar bulan akan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah berbanding hari biasa walaupun saiz sebenarnya masih sama.
– Bernama

“Keadaan bulan di kedudukan perigee ketika fasa purnama menyebabkan bulan kelihatan seolah-olah lebih besar daripada keadaan biasa. Bagaimanapun, saiz fizikal bulan sebenarnya tidak berubah sama sekali,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang, Facebook dan Twitter Angkasa untuk mendapatkan maklumat lanjut serta berkongsi koleksi imej berkaitan Supermoon. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA