Ferdinand gantung kasut

Ferdinand gantung kasut

LONDON, 31 Mei (AP) – Bekas pemain bola sepak England dan kelab Manchester United, Rio Ferdinand mengumumkan persaraannya setelah 20 tahun bergiat dalam dunia bola sepak profesional yang mana dianggap sebagai antara pemain pertahanan Inggeris terbaik di generasinya.

Ferdinand sekarang berusia 36 tahun, mengumumkan keputusannya itu di stesen penyiar British BT Sport pada sabtu.

Beliau tidak bermain di penghujung musim liga bola sepak bersama kelab Queen Park Rangers, setelah isterinya meninggal dunia pada 1 Mei akibat kanser.

Pemain tersebut juga merupakan pemain Inggeriss termahal apabila mengikuti kelab Manchester United pada tahun 2002 dengan bayaran 29.1 juta pounds. Belia memulakan kerjaya profesionalnya pada tahun 1995 bersama kelab West Ham.

Manchester United melepaskan Ferdinand pada musim panas lepas setelah 454 beraksi di kelab tersebut sebelum berpindah ke QPR, di mana beliau berhempas pulas untuk berada di barisan utama dan akhirnya kelab tersebut tidak berjaya untuk meneruskan bermain di Liga Perdana Inggeris.