Ferdinand ketawakan dakwaan CR7

Ferdinand ketawakan dakwaan CR7

LONDON, 18 Feb (AFP) – Rio Ferdinand berkata ulasan Cristiano Ronaldo bahawa dia tidak bercakap kepadanya ketika musim kemenangan Liga Juara-Juara Manchester United adalah ‘luar biasa’.

Tetapi Ronaldo dan Ferdinand yang sekarang sudah bersara adalah pemain utama United apabila kelab dari Old Trafford itu melengkapkan musim Liga Perdana dan Liga Juara-Juara pada 2007/2008.

Ronaldo sekarang berada di Real Madrid dan beliau menggambarkannya ketika sidang akhbar menjelang persaingan pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang Roma semalam bahawa hubungannya yang tidak rapat bersama rakan sepasukan sekarang, Karim Benzema dan Gareth Bale boleh menjejaskan peluang kelab Sepanyol itu.

“Di Manchester United, saya memenangi Liga Juara-Juara dan saya tidak bercakap bersama (Rio) Ferdinand, (Ryan) Giggs atau (Paul) Scholes. Kami berkata hello kepada sesama sendiri dan hanya itu,” kata Ronaldo.

Ferdinand, dalam peranannya sebagai pengulas televisyen BT Sport ketika Chelsea tewas dalam persaingan Liga Juara-Juara kepada Paris St Germain Selasa lalu, membalas dengan gurauan: ‘Dia menghindari saya.

“Dia tinggal di sebelah saya. Luar biasa. Saya sebenarnya biasa mengejutkannya dalam bilik persalinan. Saya rasa dia terlupa. Dia biasa datang dengan jeans ketat dan kami biasa mengejutkannya. Dia tidak memahaminya,” tambah bekas pemain pertahanan England itu.

Trio penyerang Real terdiri dari Benzema, Bale dan Cristiano, dikenali sebagai BBC, kerap dibandingkan dengan gabungan sama tajam MSN terdiri dari Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar Jr di Barcelona.

Ronaldo menggambarkan trio Barcelona adalah sahabat yang lebih baik berbanding rakan mereka dari Real dan lebih berkesan. Tetapi Ronaldo menyatakan pandangan itu dengan berkata: “Jika orang berkata persahabatan mereka lebih baik berbanding kami, jadi saya tidak dapat menghalang mereka.”