Ferguson dedah kontroversi Rooney, minat Balotelli

Ferguson dedah kontroversi Rooney, minat Balotelli

LONDON, 23 Sept (AFP) – Bekas pengurus Manchester United Alex Ferguson mendedahkan bahawa dia enggan untuk membenarkan Wayne Rooney dibayar lebih ketika perbalahan kontrak bersama penyerang itu pada 2010.

Rooney berikrar untuk meninggalkan United selepas mendakwa kelab itu kekurangan azam, tetapi menukar pendapatnya secara mengejut dan menandatangani persetujuan lima tahun yang dilaporkan bernilai 180,000 pound (AS$279,000) seminggu.

Tetapi ia kurang berbanding apa yang ditawarkan United kepadanya lebih awal, dengan Ferguson mendedahkan dalam buku barunya, “Leading” yang dikeluarkan hari ini memberitahu pemilik United, keluarga Glazer dan bekas ketua eksekutif David Gill ‘tidak memikirkan’ adil bagi Rooney menerima dua kali ganda berbanding yang saya terima’.

“Ia mudah. Kami haya bersetuju tiada pemain seharusnya dibayar lebih daripada saya,” kata Ferguson.

Rooney berbalah bersama Ferguson menjelang persaraan pengurus dari Scotland itu pada 2013, tetapi dilantik menjadi kapten United oleh pengurus pasukan sekarang Louis van Gaal tahun lepas.

Sir Alex Ferguson. – AFP
Sir Alex Ferguson. – AFP

Ferguson berkata Everton menghalang Rooney daripada menyertai United pada 2004, termasuk panggilan telefon yang emosional dari ibu pemain itu.

“Selepas kami memberikannya tawaran terakhir, pengurus Everton Bill Kenwright menghubungi ibu Rooney dan dia memberitahu saya, “anda tidak akan mencuri anak saya,” tulis Ferguson, yang sekarang menjadi pengarah United.

Pendedahan lain dalam buku itu termasuk Ferguson mempertimbangkan perpindahan penyerang Itali, Mario Balotelli pada 2010, yang hanya terhalang oleh konteknya di Itali.

“Pada 2010, saya suka dengan idea untuk menandatangani Mario Balotelli, penyerang Itali yang berbakat tetapi kontroversi,” kata Ferguson.

“Saya melakukan kajian ke atasnya, bercakap kepada beberapa hubungan di Itali, tetapi balasan yang saya terima mengambil Balotelli berisiko besar.”

ARTIKEL YANG SAMA