Feri karam di Jawa Timur

Feri karam di Jawa Timur

JAKARTA, 16 Nov (dpa) – Sebuah feri penumpang yang membawa kira-kira 100 orang karam di luar pantai Surabaya di wilayah Jawa Timur Indonesia hari ini, seorang pegawai berkata.

“Feri tersebut cuba untuk kembali 500 meter selepas melintasi pelabuhan kami, sebaliknya ia terbalik,”Reka Yusmara Mardiputra, seorang jurucakap bagi pelabuhan Teluk Lamong berkata.

Penumpang-penumpang yang lain masih sedang diselamatkan, katanya.

Usaha mencari dan menyelamatkan mangsa-mangsa feri karam di luar pantai Surabaya. - Reuters
Usaha mencari dan menyelamatkan mangsa-mangsa feri karam di luar pantai Surabaya. – Reuters

Jurucakap polis Argo Yuwono berkata kapal tersebut membawa kira-kira 100 orang.

“Setakat ini tiada yang terkorban,” katanya.

Seramai 25 orang telah dibawa ke hospital, beberapa dengan kesan lebam dan patah tulang, katanya.

ARTIKEL YANG SAMA