Feri karam, kira-kira 38 maut

Feri karam, kira-kira 38 maut

MANILA, 2 Julai (AFP) – Sebuah feri yang membawa hampir 200 orang, karam di tengah pelabuhan Filipina hari ini, menurut pegawai, mengorbankan sekurang-kurangnya 38 orang dalam kejadian terbaru yang berkaitan dengan tragedi maritim di negara itu.

Sekitar 33 orang telah dilaporkan hilang selepas feri Kim Nirvana seberat 33 tan terbalik sejurus selepas berlayar dari bandar Ormoc pada tengah hari, menurut pengawal pantai.

Seorang peniaga sayur, Reynante Manza, 45, menangis ketika dia mengimbas semula bagaimana kapal kayu itu tiba-tiba terbalik ke sebelah ketika ia berundur sejurus berlepas dari tambangan Ormoc, menarik isterinya dan yang lain ke bawah air.

“Ia terbalik ketika cuba untuk membelok dengan pantas. Saya masih hidup kerana saya sempat melompat sejurus selepas ia berlaku,” kata Manza kepada para wartawan.

Hanya sebahagian kecil bahagian bot yang kelihatan di permukaan dengan dikelilingi oleh bot penyelamat menjelang lewat petang, menurut jurugambar AFP.

Para penyelamat mencari mangsa berhampiran feri karam di luar bandar Ormoc, tengah Filipina. Gambar bawah menunjukkan mangsa (kanan) salah seorang penumpang feri karam di perairan berombak, termasuk beberapa warga asing yang duduk di lantai selepas diselamatkan. – AFP
Para penyelamat mencari mangsa berhampiran feri karam di luar bandar Ormoc, tengah Filipina. Gambar bawah menunjukkan mangsa (kanan) salah seorang penumpang feri karam di perairan berombak, termasuk beberapa warga asing yang duduk di lantai selepas diselamatkan. – AFP

CORRECTION-PHILIPPINES-FERRY-ACCIDENT

Ia tenggelam timbul dilambung ombak sekitar 200 meter dari pesisir pantai, kata jurnalis di tempat kejadian, yang dekat dengan lebih satu kilometer yang dianggarkan oleh pegawai bencana tempatan pada awalnya.

Para penyelamat berjaya menarik keluar 118 mangsa dari laut itu dan terus mencari di perairan dalam tempat kemalangan berlaku, kata ketua Palang Merah Kebangsaan Filipina, Richard Gordon memberitahu AFP.

Gordon meletakkan jumlah kematian pada 38 orang dan 33 lagi hilang, memetik jumlah terkini daripada hasil penyelamatan itu.

“Beberapa daripadanya berpaut pada tambatan kapal yang terbalik, sementara yang lain diselamatkan semasa berenang ke tepian pantai,” Ciriaco Tolibao, pegawai dari pejabat pengurusan dan pengurangan risiko bencana bandar itu memberitahu AFP.

Kapal itu dikatakan membawa 173 penumpang dan 16 kru anggota, dan disahkan untuk membawa sekitar 200 orang, kata Tolibao.