Feri karam ragut 4 jiwa

Feri karam ragut 4 jiwa

YANGON, 16 Okt – Sekurang-kurangnya empat orang disahkan mati dan berbelas yang lain hilang selepas sebuah feri karam di rantau Sagaing barat laut Myanmar, menurut media rasmi hari ini.

Feri, dengan kira-kira 300 penumpang di dalamnya, karam semalam di sungai Chindwin dalam perjalanan dari Homelin ke Monywa selepas feri itu terlanggar batu.

Mangsa yang terselamat telah ditarik keluar dari sungai, kata laporan itu, sambil menambah bahawa operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan di sungai itu. – Xinhua