Feri Labuan hampir karam

Feri Labuan hampir karam

LABUAN 4 Ogos (UM) – Seramai 25 orang penumpang dan tiga kru bot laju dari arah Sipitang ke Labuan berdepan detik mencemaskan apabila bot dinaiki hampir karam berhampiran perairan Pulau Papan, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.45 petang itu, bot berkenaan tiba-tiba dimasuki air menyebabkan para penumpang panik lalu naik ke bahagian bumbung bot.

Selepas mendapat panggilan kecemasan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan berjaya menyelamatkan mereka dan dibawa ke jeti berhampiran Hotel Mariner Labuan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Feri yang dalam perjalanan dari Sipitang ke Labuan ditunda oleh bot lain menuju ke jeti Labuan selepas hampir karam kelmarin. - Bernama
Feri yang dalam perjalanan dari Sipitang ke Labuan ditunda oleh bot lain menuju ke jeti Labuan selepas hampir karam kelmarin. – Bernama