Fernandinho hukum PSG

Fernandinho hukum PSG

PARIS, 7 April (AFP) – Pemain tengah Brazil, Fernandinho menghukum kesilapan pertahanan tuan rumah untuk meledak gol penyamaan yang menyaksikan Manchester City terikat 2-2 menentang Paris Saint Germain pada aksi suku akhir pertama Liga Juara Juara, semalam.

Kedua-dua pasukan dilihat kehilangan fokus, namun Fernandinho memberi kelebihan kepada City untuk aksi kedua minggu hadapan apabila dia merembat masuk bola selepas berlakunya kekeliruan antara pertahanan Paris Saint German, Serge Aurier dan Thiago Silva pada minit ke-72. City meledak terlebih dahulu menerusi pemain sayap Belgium, Kevin De Bruyne pada minit ke-38 sebelum kesilapan Fernando menghadiahkan gol penyamaan yang dijaringkan oleh penyerang berbisa mereka, Zlatan Ibrahimovic.

Paris Saint Germain yang kembali mendapat rentak mendahului permainan pada minit ke-59 apabila Adrien Rabiot menolak masuk bola tampanan Joe Hart yang menepis tandukan Edinson Cavani.

Fernandinho menjaringkan gol kedua Citizens ketika menentang PSG di Parc des Princes, kelmarin. – AFP
Fernandinho menjaringkan gol kedua Citizens ketika menentang PSG di Parc des Princes, kelmarin. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA