Ferrari 88 ungguli bot laju Hari Keputeraan

Ferrari 88 ungguli bot laju Hari Keputeraan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Sept – Pasukan Ferrari 88 tampil gah dalam Perlumbaan Bot Laju yang diadakan bersempena dengan sambutan perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 Tahun yang berlangsung di Kompleks Sukan Air, Pantai Serasa, di sini, hari ini.

Pasukan berkenaan menjuarai Kategori 6060SST 12 Pusingan meninggalkan Pasukan Gemilang di tempat kedua diikuti Pasukan Katamaran yang terpaksa akur di tempat ketiga untuk menjulang Piala Sumbangan Ketua Kampung Kiulap, Haji Mohammad bin Abu Bakar.

Hadir bagi menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang ialah Penghulu Mukim Serasa, Mejar (B) Haji Johari bin Haji Abdul Razak, Pengerusi Bot laju Haji Mohd Yussop bin Haji Mastan dan Ketua Kampung Kiulap.

Ferrari 88 tampil juara sekali lagi dalam Kategori 50 Kuasa Kuda Ke Bawah 10 Pusingan untuk menjulang Piala Sumbangan Ken Sdn Bhd meninggalkan saingan terdekatnya daripada Pasukan Black Mamba Classic yang berada di tempat kedua dan ketiga.

Sementara itu, Pasukan Black Mamba turut menunjukkan pencapaian terbaik dalam perlumbaan kali ini apabila menjuarai kategori Perahu Pemukat Fiberglass 13 kaki antaranya bagi 18 Kuasa Kuda 5 Pusingan dengan membawa pulang Piala Sumbangan Ken Sdn Bhd meninggalkan Pasukan Chem Resing yang meraih naib juara dan tempat ketiga.

Pasukan Ferrari 88 memenangi acara 6060SST 12 Pusingan dan 50 Kuasa Kuda Ke Bawah 10 Pusingan.
Pasukan Ferrari 88 memenangi acara 6060SST 12 Pusingan dan 50 Kuasa Kuda Ke Bawah 10 Pusingan.

Dalam acara Bot Laju 18 Kuasa Kuda 6 Pusingan, Pasukan Zako tampil juara meninggalkan Pasukan S.T. Racing Team yang hanya berjaya di tempat ketiga di hadapan Pasukan RX7 yang berada di tempat ketiga.

Mohammad Salleh pula tampil juara bagi acara Perlumbaan Fiberglass Pemukat 13 Kaki 18 Kuasa Kuda 5 Pusingan meninggalkan Rosli yang berada di tempat kedua diikuti oleh Nordin di tempat ketiga.

Pasukan Bukak 212 pula gah dalam acara bot laju 30 kuasa kuda 7 pusingan apabila Nabil yang mengemudi bot Bukak 212 meninggalkan saingan terdekatnya daripada Pasukan ASRA dan JSM di tempat kedua dan ketiga.

Pada acara Jetski, lima pemenang diumumkan dengan juara disandang oleh Hannah Baharuddin diikuti oleh Nadirah Baharuddin di tempat kedua, Haji Idzam Haji Mashud di tempat ketiga, Hazimin Haji Mohamed di tempat keempat dan Pengiran Shaherrymin di tempat kelima.

Pasukan Ferrari sekali lagi tampil ke atas podium apabila memenangi acara Bot Laju 50 Kuasa Kuda 9 Pusingan meninggalkan saingannya daripada Pasukan Gemilang dan Metal Skill yang menyusul di tempat kedua dan ketiga.

Dalam acara Perahu Tambang 85 Kuasa Kuda pula diungguli Pasukan Abu Dabi yang menewaskan Pasukan Ferrari yang berada di tempat kedua sementara berada di tempat ketiga Pasukan Need Sped.

Kumpulan Zesa pula tampil juara dalam acara Bot laju 18 Kuasa Kuda 7 Pusingan meninggalkan Pasukan JSM yang berada di tempat kedua diikuti oleh Pasukan Black Mamba di tempat ketiga sementara pada acara Bot Laju 60SST 10 Pusingan pula dimenangi Pasukan Katamaran diikuti oleh Laskar Pelangi dan X Bunut RT masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Bagi acara Fiberglass Pemukat 13 kaki 30 Kuasa Kuda 2 Pusingan pula dimenangi oleh Pasukan Black Mamba yang memecut di hadapan Pasukan Borak yang hanya berjaya meraih naib juara diikuti oleh Pasukan Chem Resing di tempat ketiga.

Tiga lagi acara antaranya Perahu Tambang 85 Kuasa Kuda 8 Pusingan dimenangi oleh pasukan Abu Dabi, Bot laju 30 Kuasa Kuda 8 Pusingan dimenangi Pasukan Mach dan acara kedua bagi Jetski 15 Pusingan diungguli Pengiran Shaherrymin.

ARTIKEL YANG SAMA